Caj di hospital kerajaan naik harga mulai Januari 2017

08:30 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 03:11 AM

Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan media pada 14 November 2016 memaklumkan sedang mengemaskini kadar caj baru bagi pesakit warganegara yang mendapatkan kemudahan rawatan dalam kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan dicadangkan akan dinaikkan sehingga 50 peratus berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017

Bagaimanapun, kenaikan kadar caj bagi kemudahan rawatan pesakit tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga

KADAR CAJ WAD HOSPITAL KERAJAAN PESAKIT KELAS 1 DAN 2 NAIK BERKUATKUASA 1 JANUARI 2017

Meskipun berlaku kenaikan, pesakit yang mendapatkan kemudahan rawatan dalam kelas 1 dan 2 masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar

Kenaikan Caj Harga Pesakit Kelas 1
Pesakit yang mendapatkan kemudahan rawatan dalam Kelas 1, Caj (harga perlu dibayar) dinaikkan sebanyak 50% yang merangkumi caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan
Kenaikan Caj Harga Pesakit Kelas 2
Pesakit yang mendapatkan kemudahan rawatan dalam Kelas 2, Caj (harga perlu dibayar) dinaikkan sebanyak 25% hanya melibatkan caj wad sahaja dan tidak melibatkan rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan
Caj Harga Pesakit Kelas 3 Tiada Perubahan
Pesakit yang mendapatkan kemudahan rawatan dalam Kelas 3 tiada sebarang perubahan caj berikutan kerajaan tetap dengan prinsip membantu rakyat terutamanya yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan terbaik di hospital kerajaan

CONTOH PERBANDINGAN KADAR (HARGA SEHARI) CAJ WAD SEMASA DENGAN CADANGAN CAJ BARU

Kelas WadCaj Semasa Hospital KerajaanCadangan Caj Baru Hospital KerajaanCaj Wad Hospital Swasta
Kelas 1*RM30 – RM80*RM45 – RM120
(kenaikan 50%)
RM150 – RM400
Kelas 2*RM20*RM25
(kenaikan 25%)
RM70 – RM150
Kelas 3RM3RM3
(tiada kenaikan)
RM60 – RM110
Nota AdminBertanda * Caj dikenakan adalah bergantung kepada jenis bilik, fasiliti dan kemudahan lain yang disediakan

Caj Harga Terkini Pesakit Luar Hospital Kerajaan

Caj Pesakit Luar Dikekalkan
Caj bagi pesakit luar samada di Jabatan Pesakit Luar Am atau Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kesihatan dikekalkan pada kadar RM1 (perkhidmatan am) dan RM5 (perkhidmatan pakar) masing-masing, yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan
Pengecualian
Kerajaan juga memberi pengecualian caj pesakit luar kepada warga emas dan pengurangan caj sebanyak 50% jika dimasukkan ke wad, dengan jumlah bayaran maksimum hanya sebanyak RM250 sahaja
Antara golongan-golongan lain yang telah diberi pengecualian adalah seperti golongan OKU, penerima bantuan kewangan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ
Bagi pesakit yang tidak berkemampuan pula, mereka boleh diberi pengecualian caj rawatan
Tiada Caj Untuk Ubat-Ubatan
Hospital dan klinik kesihatan Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun untuk membekalkan ubat kepada pesakit
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share