Senarai Terkini Harga Minyak Masak Malaysia 2023

Berita

Berita

Pada 26 Oktober 2016, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media telah mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan ke atas akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket plastik 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016

Untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket plastik pelbagai jenama 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu

Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol 1 kg dan ke atas) harganya akan mengikut harga pasaran sekali gus kerajaan dapat mengelak daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses)

Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran

Senarai Harga Minyak Masak Malaysia 2023 Terkini

Terkini 1 Ogos 2022: Kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak masak sawit botol 5kg ditetapkan secara bulanan bermula Ogos 2022 bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Ianya ditetapkan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) yang diumumkan Lembaga Minyak Sawit (MPOB) pada setiap awal bulan. Penguatkuasaan akan dilaksanakan 7 hari selepas pengumuman dibuat. Jadual harga maksimum untuk minyak masak botol 1kg hingga 3kg akan dikeluarkan oleh KPDNHEP

Harga Maksimum Minyak Masak Sawit Botol 5kg

Berikut adalah harga minyak masak sawit botol secara bulanan:

8 Julai 2023 hingga 7 Ogos 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Mei 2023 hingga 7 Jun 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 April 2023 hingga 7 Mei 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Mac 2023 hingga 7 April 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Februari 2023 hingga 7 Mac 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Januari 2023 hingga 7 Februari 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023

  • 1 kg : RM6.90 (Kekal)
  • 2 kg : RM13.30 (Kekal)
  • 3 kg : RM19.60 (Kekal)
  • 5 kg : RM30.90 (Kekal)

8 November 2022 hingga 7 Disember 2022

  • 1 kg : RM6.90 ( – 20 sen)
  • 2 kg : RM13.30 ( – 20 sen)
  • 3 kg : RM19.60 ( – 30 sen)
  • 5 kg : RM30.90 ( – 60 sen)

8 Oktober 2022 hingga 7 November 2022

  • 1 kg : RM7.10 ( – 40 sen)
  • 2 kg : RM13.50 ( – 80 sen)
  • 3 kg : RM19.90 ( – RM 1.20)
  • 5 kg : RM31.50 ( – RM 2.00)

8 September 2022 hingga 7 Oktober 2022

  • 1 kg : RM7.50 ( – 20 sen)
  • 2 kg : RM14.30 ( – 40 sen)
  • 3 kg : RM21.10 ( – 60 sen)
  • 5 kg : RM33.50 ( – RM1.20)

8 Ogos 2022 hingga 7 September 2022

  • 1 kg : RM7.70
  • 2 kg : RM14.70
  • 3 kg : RM21.70
  • 5 kg : RM34.70 

 

Kemaskini 28 Julai 2021: KPDNHEP telah mengumumkan harga runcit maksimum Minyak Masak Sawit Tulen bagi kemasan botol yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2021 seperti berikut:

  • 1 kg : RM6.70
  • 2 kg : RM12.70
  • 3 kg : RM18.70
  • 5 kg : RM29.70

Kemaskini 8 Jun 2021: Laporan Akhbar menyatakan kebanyakan harga minyak masak botol lima kilogram (5 kg) mengalami kenaikan harga. Kenaikan tersebut sehingga 15 peratus contohnya di Selangor, daripada RM19 pada awal Januari 2021 hingga RM22 kepada RM27 bagi minyak masak botol 5kg. Hingga kini hanya minyak masak bungkusan polibeg 1 kg sahaja yang diberikan subsidi oleh kerajaan.

Menurut KPDNHEP, harga runcit minyak masak botol ditentukan oleh pasaran iaitu permintaan dan penawaran serta harga minyak mentah dunia. Berikut adalah jadual yang memaparkan trend harga minyak mentah dunia:

Berita

Harga Barangan Kawalan : Berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961 Seksyen 5 serta seperti dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, minyak masak termasuk dalam Senarai Barang-Barang Kawalan yang dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Menerusi Portal Rasmi KPDNHEP, harga bagi minyak masak bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:

  • Paket (1 kg) : RM2.50
  • Botol (1 ltr) : RM2.95

Berikut adalah infografik daripada KPDNHEP mengenai harga minyak masak

Berita

Lampiran Senarai Harga Baru Minyak Masak Botol Berkuatkuasa Mulai 1 November 2016 Di pasaran Mengikut Jenama Popular Dan Kilogram

Berita

Sebagai makluman kepada pengguna, harga jualan minyak masak bukan bersubsidi (dalam botol) tidak ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Harga jualan minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut serta bergantung kepada harga pasaran minyak sawit

Namun, penetapan harga jualan minyak masak bukan bersubsidi masih tertakluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan yang berlebihan

MYsumber menasihatkan pengguna membuat perbandingan harga terlebih dahulu dan membeli minyak masak keluaran jenama yang harganya kompetitif serta berbaloi selaras dengan kemampuan perbelanjaan. “Jadilah Pengguna Yang Bijak”

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan