Copa America 2021 jadual keputusan terkini dan kedudukan carta

Bola sepak

Bola sepak

Selain penganjuran Euro 2020 yang ditangguhkan sehingga ke tahun ini, peminat bola sepak bakal teruja sekali lagi apabila sebuah lagi kejohanan berprestij tinggi dalam arena bola sepak akan berlangsung pada tahun ini. Kejohanan tersebut adalah Copa America 2021 yang merupakan antara kejohanan bola sepak terulung di benua Amerika Selatan

Kejohanan Copa America edisi ke 47 ini bakal berlangsung di Brazil setelah dipersetujui oleh Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan atau lebih dikenali sebagai CONMEBOL. Temasya ini akan berlangsung di lima buah bandar iaitu Salvador, Rio de Janeiro, Sao Paulo, Belo Horizonte dan Porto Alegre bermula dari 13 Jun sehingga 10 Julai 2021 (waktu Malaysia)

Tahun 2021 bakal menyaksikan Copa America disertai oleh 10 buah pasukan daripada benua Amerika Selatan terdiri daripada Brazil, Venezuela, Bolivia, Peru, Argentina, Paraguay, Colombia, Uruguay, Ecuador dan Chile. Ini bakal dimeriahkan lagi dengan penampilan bintang bola sepak bertaraf dunia seperti Lionel Messi (Argentina), Neymar (Brazil) dan ramai lagi

Berdasarkan catatan, pada edisi lepas Brazil telah berjaya merangkul gelaran juara kesembilan setelah berjaya menewaskan pasukan Peru pada perlawanan akhir tersebut. Uruguay pula adalah pasukan paling banyak meraih gelaran Copa America iaitu sebanyak 15 kali diikuti Argentina 14 kali dan Brazil 9 kali

Conmebol COPA America 2021 Brasil Jadual Keputusan Terkini dan Kedudukan Carta

Berikut adalah info penting bagi aksi perlawanan setiap pasukan yang bertanding merangkumi tarikh-tarikh penting perlawanan (dalam waktu Malaysia) serta kedudukan carta dalam peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir Copa America 2021:

Tarikh Penting COPA America 2021

PeringkatTarikh
Undian Peringkat Kumpulan3 Disember 2019
Perlawanan Peringkat Kumpulan14 Jun 2021 – 29 Jun 2021
Suku Akhir3 Julai 2021 – 4 Julai 2021
Separuh Akhir6 Julai 2021 – 7 Julai 2021
Perlawanan Tempat Ke-310 Julai 2021
Perlawanan Akhir11 Julai 2021

Senarai Pasukan COPA America 2021

Kumpulan A

  • Argentina
  • Uruguay
  • Chile
  • Paraguay
  • Bolivia

Kumpulan B

  • Brazil (TR)
  • Peru
  • Venezuela
  • Ecuador
  • Columbia
JADUAL KEPUTUSAN KUMPULAN COPA AMERICA 2021
Tarikh Masa Tuan Rumah Keputusan Pelawat
KUMPULAN A
15 Jun 2021500 AMArgentina1 – 1Chile
15 Jun 2021800 AMParaguay3 – 1Bolivia
19 Jun 2021500  AMBolivia0 – 1Chile
19 Jun 2021800 AMArgentina1 – 0Uruguay
22 Jun 2021500 AMUruguay1 – 1Chile
22 Jun 2021800 AMArgentina1 – 0Paraguay
25 Jun 2021500 AMUruguay2 – 0Bolivia
25 Jun 2021800 AMChile0 – 2Paraguay
29 Jun 2021800 AMUruguay1 – 0Paraguay
29 Jun 2021800 AMBolivia1 – 4Argentina
GROUP ABPMSKJGGBPGMt
Argentina431072+510
Uruguay421142-27
Paraguay420253+26
Chile412134-15
Bolivia4004210-80
KUMPULAN B
14 Jun 2021500  AMBrazil3 – 0Venezuela
14 Jun 2021800 AMColombia1 – 0Ecuador
18 Jun 2021500 AMColombia0 – 0Venezuela
18 Jun 2021800  AMBrazil4 – 0Peru
21 Jun 2021500 AMVenezuela2 – 2Ecuador
21 Jun 2021800 AMColombia1 – 2Peru
24 Jun 2021500 AMPeru2 – 2Ecuador
24 Jun 2021800 AMColombia1 – 2Brazil
28 Jun 2021500 AMBrazil1 – 1Ecuador
28 Jun 2021500 AMVenezuela0 – 1Peru
GROUP BBPMSKJGGBPGMt
Brazil4310102+810
Peru421157-27
Colombia411234-14
Ecuador403156-13
Venezuela402226-42
JADUAL KEPUTUSAN KEDUDUKAN COPA AMERICA 2021
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir
4 Julai, 9am
Argentina3
7 Julai, 9am
Ecuador0
Argentina1 (3)
4 Julai, 7am
Colombia1 (2)
Uruguay0 (2)
11 Julai, 8am
Colombia0 (4)
Argentina1
3 Julai, 8am
Brazil0
Brazil1
6 Julai, 7am
Chile0
Brazil1
3 Julai, 6am
Peru0
Peru3 (4)
Paraguay3 (3)

KEPUTUSAN PERLAWANAN KLASIFIKASI 3/4

10 Julai, 8am
Colombia3 – 2Peru

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR (FINAL) COPA AMERICA 2021

11 Julai, 8am
Argentina1 – 0Brazil
JUARA COPA AMERICA  2021
Argentina
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan