Peraturan baru cermin gelap JPJ 2022 peratusan ketelusan cahaya VLT

Peraturan baharu tinted jpj Peraturan baru cermin gelap JPJ 2022 peratusan ketelusan cahaya VLT

Peraturan baharu tinted jpj Peraturan baru cermin gelap JPJ 2022 peratusan ketelusan cahaya VLT

Di Malaysia terdapat pelbagai perkara yang tertakluk dengan undang-undang. Ini termasuklah undang-undang kenderaan dan jalan raya. Untuk membawa kenderaan di atas jalan raya, seseorang itu hendaklah mematuhi bukan sahaja undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di jalan raya seperti memberi isyarat ketika hendak membelok, malah kenderaan yang dibawa juga perlu menepati spesifikasi yang dibenarkan sebelum ia boleh dipandu menelusuri jalan

Antara spesifikasi yang perlu dipatuhi adalah kadar peratusan kegelapan cermin kenderaan motor. Sesebuah kenderaan motor seperti kereta dan van mempunyai cermin hadapan, cermin sisi pemandu, cermin penumpang belakang dan cermin belakang. Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi setiap cermin itu adalah berbeza-beza mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

Sebelum ini, peraturan sedia ada yang menetapkan kadar peratusan ketelusan cahaya (VLT) di setiap cermin kenderaan adalah berbeza. Bagi cermin depan utama kenderaan, VLT adalah 70 peratus. Cermin kiri dan kanan bahagian pemandu ditetapkan pada 50 peratus. Akhir sekali cermin sisi bahagian penumpang belakang dan juga cermin utama belakang kenderaan hanya 30 peratus

Mulai bulan Mei 2019, peraturan baharu cermin gelap JPJ bermula. Ini dapat dirumuskan melalui pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook berkaitan garis panduan baharu terhadap spesifikasi lapisan filem atau cermin gelap kenderaan motor. Menurutnya, ia merupakan pindaan ke atas peraturan yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991

Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJ Untuk Kenderaan Motor Bermula 8 Mei 2019

Berikut MYsumber kongsikan peraturan baharu cermin gelap yang ditetapkan JPJ bermula Mei 2019 sebagai garis panduan serta rujukan para pengguna jalan raya. Peraturan baharu ini menjelaskan peratusan kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi setiap cermin kenderaan motor

Tarikh Pelaksanaan Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJ 2019

  • Tarikh : 8 Mei 2019
  • Hari : Rabu

Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJ

peratusan tinted Peraturan baru cermin gelap JPJ 2022 peratusan ketelusan cahaya VLT

 

Bahagian CerminKadar Ketelusan Cahaya Tampak
Cermin hadapan70 Peratus
Cermin sisi pemandu50 Peratus
Cermin sisi belakangTiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)
Cermin sisi belakang penumpangTiada had (dengan syarat kenderaan dilengkapi side mirrors)

1. Pindaan baharu ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.

2. VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.

3. Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

Permohonan Pengecualian

Mana-mana individu dibenarkan untuk membuat permohonan sekiranya ingin menggunakan cermin yang lebih gelap tidak kira dengan penggunaan lapisan filem atau kaca yang lebih gelap. Sebab permohonan dilakukan hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan

PermohonanFi/Bayaran
Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatanRM 50
Permohonan yang diluluskanRM 5, 000 untuk tempot sah laku dua (2) tahun

1. Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.

2. Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

Maklumat Lanjut 

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut dan mengajukan pertanyaan mengenai peraturan baharu cermin gelap (tinted) ini  boleh rujuk kepada pautan di bawah atau hubungi talian umum serta layari laman web rasmi JPJ seperti berikut:

Related : kementerian pengangkutan, jabatan pengangkutan jalan jpj, pemilik kenderaan, tempoh kelulusan, kenderaan milikan kerajaan sewaan kerajaan, borang daftar syarikat 24 dan form 49 bagi syarikat yang disahkan oleh setiausaha syarikat yang berdaftar, perlulah membawa, kenderaan milikan persendirian individu, rm 50.00, peraturan cermin gelap jpj, cermin kereta, persendirian individu persendirian syarikat, fi permohonan cermin gelap, pihak jabatan pengangkutan jalan, surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap yang dibenarkan, setiausaha kementerian ketua pengarah, laporan perubatan asal oleh pakar perubatan dari hospital kerajaan,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan