Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Ibu tunggal di Malaysia pastinya mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak berikutan hilangnya nafkah kerana kematian suami ataupun bercerai. Bantuan dari segi kewangan, tempat tinggal mahupun barang asas diperlukan untuk menyara hidup anak-anak. Kerajaan sememangnya prihatin terhadap golongan ini dan menyediakan pelbagai jenis bantuan. Berikut akan diterangkan cara pendaftaran ibu tunggal secara online atau manual bagi mendapatkan bantuan kerajaan peringkat kebangsaan mahupun negeri

Terkini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kepada 300,000 Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka yang layak untuk menerima bayaran secara one-off atau sekali bayaran berjumlah RM300 yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha. Bantuan ini telah diumumkan berikutan golongan ini adalah antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah antara unit yang bertanggungjawab menyelaras program bantuan bagi kumpulan sasar ibu tunggal. Selain bantuan terkini yang diumumkan kerajaan, terdapat beberapa jenis bantuan lain yang diberikan secara bulanan seperti Bantuan Am, Bantuan Orang Tua dan lain-lain

Oleh itu, Jabatan Pembangungan Wanita telah mengeluarkan kenyataan mengenai pemakluman berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal selaras pengumuman YAB Perdana Menteri menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek. Dalam kenyataan pada 7 Jun 2020 itu menyatakan pendaftaran Bantuan Khas tersebut akan dibuka dalam tempoh terdekat dan akan dikemaskini pemaklumannya dari semasa ke semasa

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah mengemaskini cara permohonan bantuan khas ibu tunggal di laman web rasminya. Berikut adalah cara memohon bantuan khas ibu tunggal serta pautan permohonan menerima bantuan bagi setiap negeri:

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan bantuan khas ibu tunggal (BKIT):

Tarikh Permohonan 

  • Dibuka : Telah Dibuka 
  • Ditutup : 31 Oktober 2020

TERKINI: Berdasarkan Laporan Laksana Ke-13 pada 14 Julai 2020, bayaran kepada ibu tunggal dianggarkan 18,805 penerima (anggaran RM5.6 juta) dijangka bakal disalurkan pada 30 Julai 2020

Bayaran BKIT akan dikreditkan ke akaun bank (akaun mestilah aktif) pemohon yang layak mulai Julai sehingga November 2020

Status kelulusan BKIT akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Apa itu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)?

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara sekali bayaran kepada ibu tunggal yang layak

Bantuan adalah mengikut pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

PENTING: Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan BKIT secara online atau manual.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Menurut JPW, kategori ibu tunggal yang layak menerima BKIT mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap (tinggal) di Malaysia
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi ibu tunggal (rujuk di bawah)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244

Cara Membuat Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online mahupun manual.

1) Permohonan Secara Manual 

Permohonan secara manual boleh dibuat di tempat berikut:

  1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
  2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon Sabah)
  3. Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)

2)Permohonan Secara Online

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui Portal JPW (seperti dikongsikan di bawah) dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Isikan borang permohonan secara online mengikut negeri pemohon
  2. Sila pastikan pemohon telah log masuk ke akaun google (emel Gmail dari google) bagi mengisi borang permohonan secara online

*Nota: Bagi yang belum pernah mempunyai akaun emel Gmail Google boleh daftar di sini

Pautan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Berikut adalah pautan untuk membuat permohonan BKIT (JPW). Sila pilih atau klik pautan negeri masing-masing untuk memohon secara online:

Bantuan KerajaanPerlisBantuan KerajaanSelangor
Bantuan KerajaanKedahBantuan KerajaanNegeri Sembilan
Bantuan KerajaanPulau PinangBantuan KerajaanMelaka
Bantuan KerajaanPerakBantuan KerajaanJohor
Bantuan KerajaanWP Kuala Lumpur / Putrajaya / LabuanBantuan KerajaanPahang
Bantuan KerajaanSarawak
Bantuan KerajaanTerengganu
Bantuan KerajaanSabah
Bantuan KerajaanKelantan

Dokumen Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Pemohon dikehendaki memohon dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

1)Dokumen Mandatori Yang Telah Disahkan

  1. Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
  2. Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid /MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  5. Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada penghulu / majikan)

2)Dokumen Sokongan

  1. Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
  2. Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)

Semakan Status Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Pemohon boleh membuat semakan ke atas Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal dengan memasukkan No. Kad Pengenalan pada pautan berikut:

Bantuan Kerajaan

Definisi Ibu Tunggal

Menurut Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020) terbitan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan seperti berikut:

  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR), bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) serta mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR), tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Sumber: Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020) KPWKM

Bagi rakyat Malaysia yang berstatus ibu tunggal, adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran bagi membolehkan untuk menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun peringkat negeri. Antara bantuan berikut seperti:

Bantuan Bulanan 

  1. Bantuan Am
  2. Bantuan Orang Tua (RM300 / sebulan)
  3. Bantuan Kanak-kanak (RM100 / sebulan)
  4. Bantuan Anak Pelihara
  5. Elaun Pekerja Cacat

Bantuan Sekaligus 

  1. Geran Pelancaran (Bantuan modal perniagaan)
  2. Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  3. Bantuan Sekolah (jika masih mempunyai anak-anak yang bersekolah)
  4. Bantuan Alat Tiruan / Sokongan

Pendaftaran Ibu Tunggal Online Dan Manual

Berikut disediakan cara untuk membuat pendaftaran ibu tunggal secara online dan manual melalui JKM, JPW dan iWanita serta mengikut negeri

Daftar Ibu Tunggal Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pemohon boleh merujuk pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan bantuan ibu tunggal di JKM termasuk permohonan dan semakan

Adalah disarankan bagi pemohon mengunjungi mana-mana Pejabat JKM Negeri bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ibu tunggal serta bantuan lain yang berkenaan. Untuk senarai JKM setiap negeri rujuk pautan berikut:

Daftar Ibu Tunggal Menerusi iWanita Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Menerusi kenyataan di laman rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), terdapat dua kaedah dalam mendaftar ibu tunggal iaitu secara atas talian (online) dan manual. Untuk permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita seperti pautan berikut:

Untuk Permohonan secara manual, pendaftaran dapat dilakukan dengan hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang berhampiran, Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan Biro Wanita Sarawak (BWS)

Daftar Ibu Tunggal Mengikut Negeri

Berikut adalah cara membuat pendaftaran ibu tunggal mengikut negeri di seluruh Malaysia. Terdapat negeri yang boleh mendaftar secara online dan sesetengah negeri menggunakan cara manual

Sabah

Bagi negeri Sabah, pemohonan ibu tunggal adalah secara atas talian dan langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
  2. Klik ‘Daftar’, isikan No. IC, Nama Penuh dan Emel (pastikan ejaan emel adalah betul dan masih aktif digunakan)
  3. Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  4. Klik ‘Log Masuk’, isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan Sementara
  5. Tukarkan kepada Kata Laluan Baru. Sila pastikan mesej ‘Berjaya tukar kata laluan baru’ dipaparkan
  6. Log Masuk semula dengan mengisi No. IC dan Kata Laluan Baru
  7. Klik ‘Profil’ dan isikan dnegan lengkap Maklumat Asas serta Maklumat Ibu Tunggal
  8. Kemudian klik ‘Dokumen Sokongan’, klik ‘Choose File’ bagi memuat naik dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan pemohon dan anak (berumur 21 tahun ke bawah), Dokumen Cerai / Sijil Mati Suami dan Sijil Nikah / Surat Akuan Ibu Tunggal dari Majistret/Ketua Kampung/MPKK bagi wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah /Dokumen pengesahan hospital suami sakit kronik dan sijil Nikah / dokumen Anak angkat bagi wanita yang tidak berkahwin dan mempunyai anak angkat
  9. Klik ‘Borang’ semula lalu klik ‘Hantar’. Permohonan selesai

Pulau Pinang 

Bagi negeri Pulau Pinang, ibu tunggal perlu mendaftar secara online di Portal Rasmi Bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pautan berikut:

Selangor

Berikut adalah pendaftaran ibu tunggal bagi negeri Selangor. Menurut pemerhatian MYSumber, borang permohonan adalah seperti di bawah dan boleh hadir ke Pejabat JKM Negeri Selangor untuk mendapat penjelasan lanjut

*Pendaftaran ibu tunggal bagi negeri-negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Penafian: Pihak MYSumber hanya menyediakan panduan bagi membuat permohonan. Sebarang kerosakan teknikal yang berlaku di halaman permohonan adalah bukan di bawah tanggungjawab MYSumber

Maklumat Lanjut 

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang soalan, boleh rujuk salah satu pautan di bawah atau hubungi talian bantuan seperti berikut:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan