Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

UPSR 2016 Format Baru Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

UPSR 2016 Format Baru Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media bertarikh 28 September 2015 telah mengumumkan format baharu peperiksaan pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2016

Perkara itu merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Ia selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksa­naan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT)

Berikutan itu, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berban­ding sekarang lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata pelajaran yang diambil

Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Antara penambahbaikan adalah seperti berikut:

  1. Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris akan dipecahkan kepada bahagian Pemahaman dan Penulisan yang sekali gus menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred berasingan
  2. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dipe­cahkan kepada dua bahagian iaitu kertas satu (objektif) dan kertas dua (subjektif), bagaimanapun gred bagi kertas itu masih kekal satu
  3. Format baharu UPSR telah menambah ujian subjektif bagi kertas Pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding hanya ujian objektif sebelum ini
  4. Soalan objektif iaitu bahagian aneka pilihan akan dikurangkan sementara bahagian soalan pelbagai bentuk akan ditingkatkan dan ditambah dengan soalan respon terhad (soalan pendek)

Info Contoh UPSR 2016 Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Format UPSR 2016 Subjek Bahasa
Contoh Fomat UPSR 2015 Subjek Bahasa 1 Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Format UPSR 2016 Subjek Sains
Contoh Format UPSR 2016 Subjek Sains 1 Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Format UPSR 2016 Subjek Matematik
Contoh Format UPSR 2016 Subjek Matematik 1 Soalan UPSR 2016 guna format baru dan contoh ringkasan

Meskipun dengan format baharu, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan berpusat seperti tahun-tahun sebelumnya

Bagi mereka yang mahu mendapatkan keterangan lebih lanjut ataupun meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari atau klik judul pautan Format Dan Instrumen Contoh UPSR 2016

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan