Permohonan dan semakan keputusan simpanan BSN SSP

Pemenang Cabutan BSN SSP Permohonan dan semakan keputusan simpanan BSN SSP

Pemenang Cabutan BSN SSP Permohonan dan semakan keputusan simpanan BSN SSP

Setiap bulan di muka surat akhbar tempatan pastinya ada berita tentang individu bertuah yang memenangi hadiah kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz. Apa yang membuatkan individu tersebut memenangi hadiah tersebut kerana mereka merupakan penyimpan SIJIL Simpanan Premium (SSP BSN) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional

Untuk makluman, Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini

Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah SSP BSN yang dilakukan setiap bulan.

Ini adalah antara salah satu usaha bagi mendidik masyarakat supaya lebih prihatin terhadap kepentingan kewangan khususnya bagi yang telah berkeluarga. Apa yang pasti, ianya telah dijalankan sejak dahulu lagi dan dipercayai seratus peratus dengan jaminan kerajaan. Banyak lagi kelebihan SSP BSN yang boleh didapati dan akan dikongsikan di bawah

Simpanan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) 

Itu merupakan antara lain kelebihan kepada penyimpan menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Turut dikongsikan maklumat penting mengenai skim SSP BSN ini bagi kemudahan orang ramai

Fakta Tentang Sijil Simpanan Premium (SSP)

Sijil ini merupakan produk simpanan BSN yang unik dan diperkenalkan sejak tahun 1978. Ia juga merupakan produk simpanan BSN Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan SSP.

  • Hanya dengan RM10 semua penyimpan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan pada setiap minggu dan bulan di samping memperoleh keuntungan (dividen) yang berpatutan
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan
  • Setiap sijil yang masih belum ditebus layak menyertai setiap Cabutan SSP yang diadakan pada setiap minggu dan bulan
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas dengan BSN SSP (berjumlah minimum RM5,000) boleh memohon Pembiayaan Kad Kredit BSN Al-Aiman
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas dengan BSN SSP (berjumlah minimum RM5,300) boleh memohon Pembiayaan peribadi sehingga 95% daripada jumlah nilai BSN SSP
  • Pada tahun 2015, BSN menawarkan bilangan hadiah Cabutan SSP melebihi 88,000 hadiah dengan nilai sebanyak RM18juta dalam lebih 260x cabutan setahun
  • Purata pemenang setiap bulan adalah melebihi 7,000 orang

Syarat-Syarat Untuk Menyimpan SSP

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  2. Berumur 12 tahun dan ke atas
  3. Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

Kaedah Untuk Menyimpan Melalui SSP

Orang ramai boleh membuat simpanan SSP di mana-mana cawangan BSN, Mesin Teller Automatik (ATM) BSN, Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN, Perbankan Internet (myBSN), Perbankan SMS dan melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN di seluruh negara

Pelanggan juga boleh membuat simpanan SSP di Unit Bank Bergerak (UBB) BSN di lokasi-lokasi terpilih. Dengan simpanan minimum RM10 sahaja, pelanggan boleh menyertai cabutan dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan

Semakan Keputusan Cabutan BSN SSP

Jadi salah seorang Jutawan SSP BSN! Berpeluang untuk memenangi kereta mewah dan pelbagai hadiah menarik setiap bulan!

Semak keputusan nama pemenang cabutan dengan no Kad Pengenalan atau dengan no sijil SSP anda

Keputusan pemenang bulanan juga boleh disemak di pautan di atas

Kalendar cabutan iaitu tarikh cabutan sijil simpanan premium boleh dirujuk di Tahun 2023

Pautan Info Berkaitan 

Infografik Sijil Simpanan Premium (SSP)

Infografik SSP BSN 1 e1574956509957 Permohonan dan semakan keputusan simpanan BSN SSP

BSN SSP Permohonan dan semakan keputusan simpanan BSN SSP

Related : 17 tahun, rm30 juta, pemenang cabutan istimewa bsn ssp bank simpanan nasional bsn, membawa pulang, kuala lumpur, rakyat malaysia, bsn ssp terus, untuk membuat, gaya hidup, rm1 juta, abdul rahman, laman web,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan