Keputusan Juara Piala Malaysia 2022 Selangor FC vs JDT

Bola sepak

Bola sepak

Pasukan manakah yang akan merangkul dan menjulang trofi kejuaraan Piala Malaysia 2022 edisi ke-96 akan terjawab selepas tamatnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang membabitkan aksi di antara Selangor FC menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Pasukan Selangor mengimpikan pengakhiran musim yang bergaya dengan menjuarai Piala Malaysia bagi menambah koleksi Piala Malaysia ke 34 manakala pasukan JDT pula mahu menambah koleksi piala Liga Super mereka

Selangor dan JDT kali terakhir bertemu pada perlawanan Liga Super dimana pasukan Harimau Selatan seri dengan pasukan Selangor 1-1. Pada aksi kumpulan Piala Malaysia 2022, kedua-dua pasukan menjuarai saingan dengan JDT merekodkan perlawanan tanpa kalah sepanjang saingan Piala Malaysia edisi ke-96 ini.

Tugas berat menanti pertahanan Selangor dalam mengekang serangan trio JDT, khususnya aksi cemerlang penyerang negara Arif Aiman, Bergson Da Silva dan Fernando Forestiari. Jurulatih Skuad Selangor, Tan Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan kebangsaan perlu mencari percaturan taktikal terbaik bagi membawa pulang piala yang berprestij ini ke negeri Selangor.

Pasukan JDT dijangka akan membariskan kesebelasan terkuat sama seperti di perlawanan separuh akhir setelah menghadapi saingan sengit menentang Sabah FC dan Kelantan FC pada saingan separuh dan suku akhir.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pastinya menyajikan pertembungan yang menarik dan mengujakan. Rekod pertemuan pada 2022 memihak kepada JDT dengan 1 kemenangan dan seri. Pasukan Selangor mahupun JDT akan memberikan yang terbaik untuk memenangi piala paling berprestij dalam sejarah bola sepak negara iaitu Piala Malaysia.

Juara Piala Malaysia 2022 Dan Keputusan JDT Vs Selangor 

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 turut disiarkan secara siaran langsung oleh Sukan RTM dan Unifi seawal jam 8:30 malam Sabtu, bermula dengan siaran pra-rancangan

  • JDT Vs Selangor
  • OKEYTV, Sukan RTM, UnifiTV Sports 1,
  • Sabtu

Keputusan Terkini JDT Lwn Selangor Final Piala Malaysia 2022

  • Perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT menentang Selangor berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada jam 9:00 malam, Sabtu

Berikut ialah keputusan semasa dan terkini final Piala Malaysia 2022 membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Selangor yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh

JDT2 – 1Selangor
Bergson da Silva 45 +5′
Fernando Forestieri 59′
Tamat Masa Penuh ResultCaion 45′ (P)

Kesebelasan Pemain JDT Vs Selangor

JDT: Farizal Marlias (c), Matthew Davies, Afiq Fazail, Bergson da Silva, Leandro Velázquez, Feroz Baharudin, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Shahrul Saad, Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri

Substitutes: Haziq Nadzli, Shio Hong Wan, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, Syafiq Ahmad, Syahmi Safari

SEL: Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal, Caion, Fazly Mazlan, Alexander Ameyaw, Hein Htet Aung, Richmond Ankrah, Sharul Nazeem, Brendan Gan (c), Baha’ Abdel-Rahman

Substitutes: Samuel Somerville, Ashmawi Yakin, Nor Hakim Hassan, R. Dinesh, Ahmad Zikri, Danial Asri, Shahrel Fikri, Syahir Bashah, Aliff Haiqal

Juara Baharu Piala Malaysia 2022

  • JDT
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan