Live Streaming Anugerah Skrin 2019 ASK TV3 1 November

Hiburan

Hiburan

Saksikan majlis penganugerahan acara tahunan Anugerah Skrin TV3 bagi tahun 2019 (ASK2019) yang memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni, menjulang bakat dan karyawan tanah air pada hari Jumaat 1 November 2019, bermula jam 9 malam yang masih kekal dengan objektif penganjuran sejak tahun 1994

Anugerah Skrin 2019 meneruskan usaha dalam memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin 2019

ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, serta sembilan kategori bukan drama dan teknikal. Malam kemuncak ASK kali ini masih menampilkan kelainan seperti tahun sebelum ini iaitu tiada hos utama mengendalikan malam anugerah ASK

Sebaliknya terdapat beberapa penyampai anugerah telah diberi tugas dalam mengemudi acara penuh prestij ini iaitu dibarisi oleh pasangan selebriti-selebriti terkenal tanah air termasuklah pasangan suami isteri

Pemenang bagi 23 kategori yang dipertandingkan akan diumumkan semasa malam kemuncak Anugerah Skrin. Manakala 7 kategori lain akan disiarkan dalam program Melodi di TV3 pada minggu sebelumnya

Siaran Langsung Atau Live Streaming ASK 2019 Anugerah Skrin TV3

Anugerah Skrin (ASK) tahun 2019 anjuran TV3, diadakan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam serta boleh di tonton secara langsung menerusi saluran stesen penyiaran TV3, bermula jam 9 malam juga online live streaming di extra.com.my

Sebelum acara kemuncak berlangsung, ASK2019 kali ini turut menganjurkan Majlis Karpet Merah ASK pada pukul 830 malam pada hari yang sama

Info Anugerah Skrin TV3 (ASK) 2019

  • Acara Penganugerahan : Anugerah Skrin TV3 (ASK) Tahun 2019
  • Tarikh / Masa : 1 November 2019 (Jumaat), bermula jam 9 malam (LIVE di TV3)
  • Karpet Merah ASK : 1 November 2019 (Jumaat), bermula jam 830 malam (LIVE di Facebook dan Youtube TV9Malaysia)
  • Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
  • Siaran Langsung : TV3

Video Langsung Anugerah Skrin TV3 1.11.2019

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan