Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 1 April 2018 jam 04:09 PM

Kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2018 telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM300 yang akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Oleh itu, pelajar di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPTA/ IPTS) berstatus warganegara Malaysia yang terbabit berhak untuk mendapatkan inisiatif bernilai RM250 yang diberikan oleh kerajaan
Maklumat Terkini Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2018 |
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut yang layak dalam menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) tahun 2018 |
Peruntukan yang bakal diberikan adalah selaras dengan Bajet 2018 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2017 |
Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang pembayaran Bantuan KADS1M akan disalurkan melalui Bank Rakyat bermula dari 15 Mac 2018 (Hari Khamis) untuk pemgang kad sediada |
Pembayaran dilakukan berdasarkan kepada padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat, dengan data maklumat penuntut layak menerima bantuan itu daripada KPT |
Permohonan KADS1M 2018 |
Pelajar boleh membuat Permohonan KADS1M bagi mendapatkan bantuan RM250 secara online bermula 2 April 2018 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran KADS1M. Untuk membuat permohonan KADS1M, sila klik pada judul pautan dibawah. Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Tarikh akhir bagi permohonan BPPT/BB1M 2018 adalah pada 31 Mei 2018 |
Pelajar Yang Baru Memohon Atau Pelajar Yang Telah Menutup Akaun BPPT 2017 |
Untuk pelajar yang masih belum mempunyai KADS1M (Penerima BPPT Baharu). Pelajar boleh membuat semakan kelayakan permohonan BPPT bermula 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan KADS1M |
Pelajar Yang Telah Menerima BPPT 2017 Dan Akaun Simpanan-i aktif |
Pelajar yang telah mempunyai KADS1M adalah tidak perlu membuat permohonan KADS1M 2018 yang baharu. BPPT akan disalurkan kepada yang pelajar yang layak (iaitu memenuhi syarat kelayakan permohonan) bermula 15 Mac 2018 (jam 400 petang) secara berperingkat. Semakan boleh dibuat di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat |
SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI : KAD DEBIT PELAJAR KADS1M 2018 DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pelajar yang layak menerima Bantuan Pendidikan Tinggi bernilai RM250 mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut
Syarat Dan Kriteria Kelayakan Dapat Bantuan Pendidikan Tinggi (RM250) Melalui Kad Debit Pelajar (KADS1M) |
Warganegara Malaysia |
Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT |
Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016 |
Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia |
Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Perguruan, Kementerian Sumber Manusia atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) |
Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa |
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) |
Kerajaan mendebitkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM250 ke dalam KADS1M dengan tujuan bagi mengekang penyalahgunaan penggunaan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) seperti yang dilaksanakan sebelum ini di kalangan pelajar |
Bantuan bernilai RM250 tidak lagi disalurkan dalam bentuk baucar sebaliknya ia didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) |
Pelajar boleh membeli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian dengan menggunakan KADS1M yang telah didebitkan sebanyak RM250 |
Selain bantuan RM250, dengan KADS1M juga pelajar boleh mendapat diskaun ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing |
Fungsi KADS1M |
3 Dalam 1 iaitu : Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun |
3 Langkah Mudah Dapatkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) |
Isi borang e-Permohonan |
Status permohonan akan disahkan melalui emel |
Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M Debit. Tarikh akhir bagi pengambilan KADS1M di semua cawangan BankRakyat adalah pada 31 Julai 2018 |
Carta Aliran Permohonan BPPT 2018 Online |
 |
Maklumat Lanjut Permohonan Dan Semakan KADS1M |
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 |