Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran permohonan kemasukan murid ke program pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2021 untuk anak / jagaan secara online melalui Sistem Aplikasi E-Prasekolah ataupun secara manual (melalui sekolah dimohon) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut mengikut ketetapan berikut
Semakan keputusan permohonan bagi ibu / bapa / penjaga yang membuat permohonan secara online dan manual (melalui sekolah) boleh dilakukan bermula pada tarikh 5 Ogos 2020 yang tertakluk kepada sebarang pindaan
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN MURID PRA SEKOLAH KPM 2022
Berikut MYsumber sertakan ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan permohonan kemasukan murid ke program pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2021
Semakan Keputusan Pendaftaran Permohonan Prasekolah KPM Tahun 2021
Info 1
Tarikh Semakan Bagi Permohonan Secara Online (E-Prasekolah)
Semakan Dibuka
Semakan Ditutup
5 Ogos 2020
–
Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan
Sistem Aplikasi bagi tujuan semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan diumumkan
Panduan / Cara Membuat Semakan
Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (log in) ke dalam Sistem E-Prasekolah dengan mengunakan maklumat Daftar Masuk (No mykad / id pengguna dan Kata Laluan – Pendaftaran Pengguna) yang digunakan semasa membuat permohonan / pendaftaran sebelum ini
Seterusnya, klik pada butang menu capaian Semakan untuk menyemak keputusan permohonan
Log Masuk>Semakan>Semakan Permohonan
Info 2
Tarikh Semakan Bagi Permohonan Secara Manual (Melalui Sekolah Dimohon)
Semakan Dibuka
Semakan Ditutup
5 Ogos 2020
–
Panduan / Cara Mengetahui Keputusan
Ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan melalui pengisian borang permohonan di sekolah yang dimohon boleh mengunjungi (walk in) ke sekolah berkenaan mulai tarikh keputusan permohonan yang telah dinyatakan bagi mengetahui status permohonan
Info 3
Rayuan Permohonan
Rayuan Dibuka
Rayuan Ditutup
5 Ogos 2020
20 Ogos 2020
Rayuan Secara Online
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa / penjaga boleh mengemukakan permohonan rayuan secara online melalui laman aplikasi E-Prasekolah yang sama dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan. Rayuan permohonan secara online hanya untuk ibu / bapa / penjaga yang membuat permohonan secara online Log Masuk>Semakan>Rayuan Permohonan
Rayuan Secara Manual
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW
Semakan keputusan rayuan secara online boleh disemak melalui laman aplikasi E-Prasekolah mulai tarikh 10 September 2020 (tertakluk kepada pindaan). Cara semakan adalah sama seperti sebelum ini
Bagi keputusan rayuan secara manual pula, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu / bapa / penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi permohonan rayuan yang berjaya
RINGKASAN TARIKH PENTING PERMOHONAN & SEMAKAN PRASEKOLAH 2021
Bil
Perkara
Tarikh
Tindakan
1.
Membuat hebahan/ siaran/ iklan kepada ibu bapa/ penjaga dan masyarakat sekitar
–
Sekolah/ Institusi
2.
Membuat permohonan samada secara atas talian atau secara manual
1 Mac 2020 – 31 Mei 2020 (Online) dan 1 Mac – 15 Jun 2020 (Manual)
Ibu Bapa/ Penjaga
3.
Semakan keputusan permohonan
5 Ogos 2020
Ibu Bapa/ Penjaga
4.
Membuat permohonan rayuan sekiranya perlu. Rayuan kepada JPN/ PPD
5 – 20 Ogos 2020
Ibu Bapa/ Penjaga
5.
Semakan keputusan rayuan
Bermula 10 September 2020
Ibu Bapa/ Penjaga
6.
Maklum keputusan permohonan rayuan kepada ibu bapa/ penjaga