Maklumat bagi tahun 2022 / 1443H akan dikemaskini. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020 / 1441H, berlangsung bermula tarikh 16 hingga 21 Februari 2020M di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 28 qari dan qariah akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2020 kali ke 63
Pada tahun 2019, Johan Qari dari Selangor adalah Abdul Khair Jalil manakala Johan Qariah dari Negeri Sembilan ialah Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut
Negeri Johor telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2021
Senarai Sub-Topik
Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan 2021 (MTQJK)
Terkini: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) yang bermula pada 22 hingga 26 Oktober 2021. Program ini akan diadakan secara maya dan disiarkan secara langsung di TV1 pada 22, 24 dan 25 Oktober 2021, manakala di TV OKEY pada 23 dan 26 Oktober mulai pukul 9 hingga 1030 malam.
Seramai 26 Qari dan Qariah Johan-Johan Tilawah Kebangsaan serta jemputan khas yang mewakili semua negeri akan menyertai program yang menggantikan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran. Usaha ini adalah untuk menyemarakkan pembudayaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Malaysia. Siaran Langsung MTQJK boleh juga ditonton melalui Laman Facebook JAKIM.
Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020
Kejayaan sebagai Johan Qari dan Qariah melayakkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa. Pada tahun ini ianya akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2020 (ditangguhkan ke satu tarikh yang diumumkan kelak berikutan situasi semasa wabak COVID-19)
QARI | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi (Kelantan) | 90.66% |
KEDUA | Mohamad Syaheed Bin Sabri (Pahang) | 89.34% |
KETIGA | Mohamad Husaini Bin Mahmur (Negeri Sembilan) | 86.34% |
QARIAH | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid (Perak) | 88.34% |
KEDUA | Nurul Nadiah Binti Hashim (Johor) | 85.34% |
KETIGA | Nor Jannah Binti Abd Rahman (Terengganu) | 85.00% |
JUARA KESELURUHAN | NEGERI |
Tilawah & Menghafaz Al-Quran | Kelantan |
Hadiah
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM17,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin
Gambar : Dari kiri – Johan Qari, Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yang cacat penglihatan dan kanan, Johan Qariah, Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid
Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019
QARI | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Abdul Khair Jalil (Selangor) | 89.68% |
KEDUA | Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (Kelantan) | 87.66% |
KETIGA | Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad (WP) | 87.33% |
QARIAH | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut (Negeri Sembilan) | 86.67% |
KEDUA | Nor Faizah Binti Panut (Selangor) | 86.34% |
KETIGA | Awatif Binti Abdul Latif (Pulau Pinang) | 82.33% |
JUARA KESELURUHAN | NEGERI |
Tilawah Al-Quran | Selangor |
Menghafaz Al-Quran | Negeri Sembilan |
Hadiah
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, simpanan emas RM1,400, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir
Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018
QARI | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri (Kelantan) | 87.50% |
KEDUA | Haji Azraie Dato’ Abdul Hak (Melaka) | 86.67% |
KETIGA | Dr Anuar Hasin (Perak) | 86.66% |
QARIAH | NAMA/ NEGERI | MARKAH |
JOHAN | Suhailah Zulkifly (Melaka) | 84.34% |
KEDUA | Nor Ruzan Natiah Jaafar (Selangor) | 84% |
KETIGA | Norhidayah Abd Rahman (Terengganu) | 83.66% |
JUARA KESELURUHAN | NEGERI |
Tilawah Al-Quran | Kelantan |
Menghafaz Al-Quran | Johor |
Hadiah
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi