Ringkasan intipati kandungan Bajet 2019 belanjawan Malaysia

21:12 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 3 November 2018 jam 04:14 PM

Bajet 2019

Bajet 2019 bakal dibentangkan buat julung kalinya oleh pimpinan kerajaan yang baharu iaitu Pakatan Harapan setelah lebih 60 tahun Barisan Nasional memerintah. Budget 2019 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 2 November 2018 pukul 4.00 petang yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta radio saluran awam dan juga berbayar di Malaysia

Negara kini terbeban dengan jumlah hutang yang agak besar dan ini menunjukkan satu cabaran yang hebat buat tadbir urus negara dalam menyelesaikan isu kewangan di samping menjaga kebajikan rakyat. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi negara termasuklah penubuhan Tabung Harapan Malaysia yang kini mencecah hampir RM200 juta kutipannya setakat 1 Oktober 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga ada menyatakan dalam sidang media pada 25 Ogos 2018, bahawa Bajet 2019 akan lebih kecil dan akan berlaku pengurangan atau pemotongan dalam bantuan sara hidup rakyat (BSH) secara berperingkat akan dilaksanakan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga menyifatkan Bajet 2019 adalah agak sukar kerana perlu membetulkan keadaan kewangan fiskal negara dan pada masa sama perlu juga meningkatkan kesejahteraan rakyat

Pihak kerajaan perlulah lebih bijak dalam mengurus hal kewangan negara bagi mengelakkan masalah atau perkara yang tidak diingini timbul seperti pertambahan hutang yang tidak sepatutnya berlaku. Disiplin kewangan kerajaan haruslah berada dalam keadaan baik serta tadbir urus yang cekap diharapkan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan yang diimpikan bersama

RINGKASAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2019 BELANJAWAN MALAYSIA (BUDGET 2019)

Berikut MYsumber kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2019 belanjawan Malaysia yang akan dikemaskini sebaik sahaja pembentangan dijalankan secara langsung

RINGKASAN TEMA DAN PERUNTUKAN BAJET 2019
Tahun20182019
TemaMemakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera
Peruntukan BajetRM MYR280.25 BillionRM MYR 314.5 Bilion
PERINCIAN PERUNTUKAN BAJET 2019
BELANJA MENGURUSBELANJA PEMBANGUNANSIMPANAN LUAR JANGKA
259.8 Bilion54.7 Bilion2 Bilion
Sila Klik Link Video Ucapan Pembentangan Bajet 2019

FOKUS KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2019

Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH)
BSH akan diteruskan dan lebih bersasar buat golongan B40 pada tahun 2019
Isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 2,000 dan ke bawah layak untuk menerima BSH sebanyak RM 1,000
Isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan dari RM 2,001 hingga RM 3,000 dan ke bawah layak untuk menerima BSH sebanyak RM 750
Isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan dari RM 3,001 hingga RM 5,000 dan ke bawah layak untuk menerima BSH sebanyak RM 500
Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tiada had umur  akan diberikan kadar bantuan tambahan sebanyak RM 120 setiap sorang (terhad kepada 4 orang)
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkPermohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkKemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
Bonus Bayaran Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan
Penjawat awam bergred 54 dan ke bawah akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 
Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas sebanyak RM250
Bayaran ini akan disalurkan sebelum hujung tahun 2018
Sila Klik Link Tarikh bayaran bonus kakitangan awam pesara bajet 2018
Subsidi Minyak Bersasar
Pemilik kereta persendirian 1,500cc dan ke bawah akan menerima subsidi petrol RON 95 sebanyak 30 sen seliter (terhad kepada 100 liter sebulan)
atau motosikal 125cc dan ke bawah akan menerima subsidi petrol RON 95 sebanyak 30 sen seliter (terhad kepada 40 liter sebulan)
Dijangka bermula suku kedua tahun 2019 dan RON95 akan diapungkan semula  mengikut mekanisme APM
Pas Bulanan RapidKL
Bermula 1 Januari 2019, pas bulanan perjalanan tanpa had RM 100 (rel dan bas RapidKL) dan RM 50 (bas RapidKL) akan diperkenalkan dan bakal dikembangkan meliputi perkhidmatan bas-bas lain
Tol
Pemansuhan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang 
Tol motosikal di Lebuhraya Laluan Kedua (Link Kedua) juga akan dihapuskan
Pembekuan kenaikan bayaran tol semua lebuhraya di dalam bandar
Gaji Minimum
Ditingkatkan kepada RM1,100 di seluruh Malaysia bermula 1 Januari tahun 2019
Bantuan Pembelian Rumah Pertama
Dana RM 1 billion bagi pembelian rumah pertama berharga RM 150,000 dan ke bawah buat golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan
Pembiayaan serendah 3.5% tersedia di AmBank, CIMB, Maybank, RHB dan BSN bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan memudahkan proses mendapatkan pembiayaan 
PTPTN
Peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 akan dikenakan pembayaran balik melalui potongan gaji dengan kadar 2% hingga 15% bergantung kepada pendapatan
Potongan pinjaman buat pelajar daripada golongan isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama (first class)
Levi Ke Luar Negara (Laluan Udara)
Penumpang udara ke negara Asean akan dikenakan sebanyak RM 20 manakala ke negara lain pula sebanyak RM 40 bermula 1 Jun 2019 
Cukai Perkhidmatan Servis Atas Talian (Online)
Perkhidmatan online seperti Netflix, Spotify, Alibaba dan yang berkaitan akan dikenakan cukai perkhidmatan mulai 1 Januari 2020

RINGKASAN LENGKAP KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2019

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 

Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
PDF LampiranSila Klik LinkTeks Rasmi / Penuh Ucapan Pembentangan Bajet 2019
PDF LampiranSila Klik LinkRingkasan Isi Penting Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2019)
PDF LampiranSila Klik LinkLampiran Cukai