Bila malam Nisfu Syaaban 2023 1444H tarikh di Malaysia dan kelebihan

Tarikh Malam Nisfu Syaban Malaysia Bila malam Nisfu Syaaban 2023 1444H tarikh di Malaysia dan kelebihan

Tarikh Malam Nisfu Syaban Malaysia Bila malam Nisfu Syaaban 2023 1444H tarikh di Malaysia dan kelebihan

Bulan Syaaban di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya ia dengan Ramadhan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT

Malah pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2023/ 1444 H Di Malaysia

Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi adalah pada 8 Mac 2023, Rabu (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1444 Hijrah

  • 1444 (Hijrah)/ 2023 (Masihi) :
    • 1 Syaaban = 22 Februari
    • 15 Syaaban = 8 Mac

Malam Nisfu Syaaban 2023M/ 1444H

  • 7 Mac 2023, Hari Selasa Malam Rabu (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Sya’ban, namun kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qur’an

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada. Namun umat Islam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai kelebihan mahupun ganjaran yang menanti jika mengerjakan amalan-amalan tertentu ataupun dikhaskan pada malam Nisfu Syaaban yang kononnya berpandukan hadith terutamanya menerusi bacaan di internet

Ini kerana kebanyakkan ganjaran serta amalan yang dikatakan wajib dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti didakwa bersandarkan hadis itu adalah diragui dan tidak sahih ataupun palsu

Sebagai peringatan, sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai malam Nisfu Syaaban melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan