Semakan Keputusan MUET On Demand 2023 Online

Pendidikan

Pendidikan

Berita baik buat pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi kerana Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menawarkan pelaksanaan Sesi Ujian Malaysian University English Test (MUET) melalui MUET on Demand (MoD) iaitu ujian yang dijalankan menggunakan komputer atau Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test. Ujian tersebut telah mula dijalankan menggunakan kaedah ini pada bulan April 2018

Standard ujian bagi MoD ini adalah sama standardnya seperti ujian MUET sedia ada. Perbezaannya adalah bagi MoD, tarikh peperiksaan adalah bergantung kepada permintaan calon berbanding 3 kali setahun seperti MUET sedia ada. Yuran peperiksaan walau bagaimanapun adalah sedikit mahal iaitu RM250 bagi MoD manakala RM100 bagi MUET sedia ada

Jika dahulunya MUET dijalankan di pusat bertauliah seluruh negara seperti sekolah, kini peperiksaan MoD akan dilaksanakan di pusat-pusat ujian tertentu seperti Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan di Eco Sky, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon-calon juga tidak perlu menunggu sehingga 2 bulan selepas tarikh peperiksaan seperti MUET sedia ada, keputusan peperiksaan MoD boleh diperolehi selepas 3 minggu peperiksaan

Pastinya pelajar-pelajar lepasan STPM, diploma dan setaraf dengannya tidak akan melepaskan peluang ini kerana tidak perlu lagi menunggu bulan tertentu untuk mengambil peperiksaan MUET dan seterusnya mendapatkan keputusan untuk membuat permohonan ke peringkat ijazah seterusnya.

Pelajar yang gagal mendapatkan keputusan memuaskan juga berpeluang mengambil semula ujian dengan kadar segera melalui MoD

Semakan Keputusan MUET On Demand (MoD) Tahun 2023 Secara Online 

Khusus bagi calon-calon yang telah menduduki peperiksaan MUET on Demand, semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat mulai tarikh dan di pautan yang akan dikongsikan di bawah

Aplikasi Semakan MUET on Demand Result

Mekanisme semakan MUET on Demand (MoD) secara online :

  1. Sila layari pautan yang disediakan di atas untuk membuat semakan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan calon mengikut format yang tepat seperti berikut:
    • 800729085281 atau A2152856 atau ZSA001001 atau Z145259 atau R133696 atau R143497

Jadual Tarikh Keputusan MUET On Demand (MoD) 2023

Berikut adalah tarikh keputusan mengikut setiap sesi MoD yang dijalankan pada tahun 2023 :

Januari

  • 30/1/2023
  • 10/2/2023

Februari

  • 2/3/2023
  • 3/3/2023

Mac

  • 23/3/2023
  • 24/3/2023

April

  • 17/4/2023

Mei

  • 25/5/2023
  • 26/5/2023

Jun

  • 3/7/2023
  • 4/7/2023

Julai

  • 3/8/2023

Ogos

  • 4/9/2023

September

  • 2/10/2023
  • 3/10/2023

Oktober

  • 2/11/2023
  • 3/11/2023

November

  • 7/12/2023

Disember

  • 29/12/2023

*Semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Permohonan Menduduki MUET on Demand (MoD)

Bagi calon yang berminat untuk menduduki peperiksaan MUET on Demand (MoD), anda boleh mendaftarkan diri di pautan seperti di bawah

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan di bawah atau hubungi:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan