Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Malaysian University English Test (MUET) di Malaysia. MPM akan menguruskan dari segi pendaftaran calon dalam peperiksaan MUET, pelaksanaan peperiksaan MUET dan juga keputusan peperiksaan MUET tersebut. Lazimnya kalendar peperiksaan MUET bagi tahun tersebut akan dikeluarkan sekitar bulan Oktober tahun sebelumnya untuk memudahkan perancangan calon dalam membuat pendaftaran peperiksaan.
MUET adalah peperiksaan bahasa Inggeris yang dilaksanakan pada peringkat pra-universiti seperti matrikulasi, asasi, STPM dan juga diploma. MUET diperkenalkan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris para pelajar sebelum melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam pengajian ijazah. Peperiksaan MUET wajib diambil bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan
Peperiksaan MUET terdiri daripada empat jenis ujian iaitu Listening Test atau Ujian Pendengaran selama 30 minit (45 markah), Speaking Test atau Ujian Lisan selama 30 minit (45 markah), Reading Test atau Ujian Pemahaman iaitu soalan objektif selama 90 minit (120 markah) dan juga Writing Test atau Ujian Penulisan selama 90 minit (90 markah)
Untuk panduan para calon peperiksaan, ini akan memberikan jumlah keseluruhan markah sebanyak 300 markah dan keputusan akan diberikan berdasarkan gred atau dinamakan sebagai Band
Setiap tahun Peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak 3 kali atau 3 sesi dalam setahun. Ianya akan berlangsung dalam 3 bulan yang berbeza seperti sesi Mac, sesi Julai dan sesi November ditetapkan oleh MPM
Bermula tahun 2018, MPM juga telah memperkenalkan sistem peperiksaan baharu MUET iaitu Malaysian University English Test, MUET on Demand (MoD) di mana calon mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan di luar waktu peperiksaan MUET sesi 1,2, dan 3
Senarai Sub-Topik
Kalendar Jadual Peperiksaan MUET 2021 MPM Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Lisan/ Bertulis
Bagi pelajar yang bercadang untuk mengambil peperiksaan MUET pada tahun 2021, boleh melihat kalendar peperiksaan MUET bagi tahun 2021 yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM bagi merujuk tarikh pendaftaran Malaysian English University Test (MUET) di buka untuk kemasukan ke universiti awam
Berikut adalah perincian bagi Kalendar Peperiksaan MUET seperti tarikh pendaftaran dan tarikh menduduki peperiksaan MUET bagi setiap ujian mengikut sesi untuk panduan para calon
KALENDAR MUET 2021 | |||
PERKARA | SESI | ||
Sesi 1 | Sesi 2 | Sesi 3 | |
Tarikh Pendaftaran Dibuka | 13 November 2020 | 11 Februari 2021 | 17 Jun 2021 |
Tarikh Pendaftaran Ditutup | 14 Disember 2020 | 28 Mac 2021 | 1 Ogos 2021 |
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021 | 16, 17, 21, 22, 23, dan 24 Jun 2021 | 11, 12, 13, 14, 20 dan 21 Oktober 2021 |
Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) | 10 April 2021 | 3 Julai 2021 | 30 Oktober 2021 |
Berikut adalah pengumuman rasmi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi mencegah penularan wabak Covid-19,tarikh pendaftaran dibuka, tarikh baharu ujian speaking dan ujian bertulis MUET bagi tahun 2020 telah dipinda seperti di bawah:
| ||
INFO BERKAITAN |
Related : permohonan kemasukan