Keputusan rasmi terkini PRK Parlimen Kimanis 2020 Sabah

Dikemaskini pada

PRK Kimanis

Tahun 2020 membuka tirai dengan menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang terletak di Sabah bakal diadakan. PRK ini adalah PRK Parlimen Kimanis yang dibahagikan kepada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Mambakut dan juga Bongawan. Ianya bakal diadakan pada 18 Januari 2020 setelah berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kimanis semenjak 10 Disember 2019 yang lalu

Kekosongan kerusi Parlimen Kimanis berlaku berikutan penerimaan Perakuan Mahkamah Persekutuan yang telah mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum ke-14 bagi parlimen tersebut yang disandang oleh Datuk Seri Anifah Aman pada 9 Mei 2018 adalah tidak sah dan terbatal. Ini adalah kerana terdapatnya kesilapan pada semua kotak undi semasa PRU-14 yang mempunyai unsur manipulasi, termasuk kertas undi tambahan yang melanggar undang-undang pemilihan

Bagi PRK Kimanis ini, daftar pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan adalah sehingga Suku Ketiga Tahun 2019 yang dikemaskini sehingga tarikh 9 Disember 2019. Menurut daftar pemilih tersebut, terdapat 29,664 pengundi yang terdiri daripada 29,654 pengundi biasa, sembilan pengundi awal dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. Justeru 20 pusat mengundi dengan 69 saluran serta 653 petugas pilihan raya akan disediakan bagi PRK kali ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 4 Januari 2020 sebagai hari penamaan calon, 14 Januari 2020 sebagai hari pengundian awal manakala 18 Januari 2020 sebagai hari pengundian PRK Kimanis, Sabah. Pemilihan tarikh ini telah dibuat dengan mengambil kira faktor cuti umum dan musim perayaan masyarakat seperti Hari Krismas dan Tahun Baru Cina selain cuti sekolah akhir tahun

KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN KIMANIS P176 SABAH TAHUN 2020

Berikut adalah tarikh penting, senarai calon yang bertanding serta keputusan terkini, penuh dan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, P176 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepertimana pengumuman rasmi dibuat

Tarikh SemakanTarikh Penting PRK Parlimen Kimanis 2020 P176 Sabah
Perkara Tarikh
Tarikh Penamaan Calon
4 Januari 2020
Tarikh Mengundi Awal
14 Januari 2020
Tarikh PRK Kimanis P176
18 Januari 2020
Keputusan Rasmi PRK Parlimen Kimanis 2020
Logo Undi SPR Calon P176  Kimanis SabahPartiBil Undi
Datuk Mohamad AlaminLogo BN BN – UMNO12,706
Datuk Karim BujangPakatan Harapan PH – WARISAN10,677
Jumlah Pengundi Berdaftar (29,664) / Jumlah Undi (23,383)Undi Rosak (320)Peratus Mengundi (79.92%)
Pemenang P176  Kimanis SabahPartiMajoriti
Datuk Mohamad AlaminLogo BN BN – UMNO2,029
Keputusan PRU 14 Parlimen Kimanis 2018
Logo Undi SPRCalon P176  Kimanis SabahPartiBil Undi
Datuk Seri Anifah AmanLogo BNBN  – UMNO11,942
Datuk Karim BujangPakatan HarapanPH – WARISAN11,786
Jaafar Bin IsmailPHRS1,300
Jumlah Pengundi Berdaftar (29,618) / Jumlah Undi (25,519)Undi Rosak (385)Peratus Mengundi (86.2%)
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close