Harga perodua Bezza 2020 terkini gambar dan spesifikasi

01:05 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 12 Januari 2020 jam 05:23 PM

Bezza 2020

Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd masih mengungguli carta data jualan kenderaan tertinggi di Malaysia setakat November 2019. Ingin mengekalkan momentum ini, Perodua telah membuka tirai tahun 2020 dengan memperkenalkan model versi facelift iaitu Perodua Bezza 2020. Ianya akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Januari 2020. Namun tempahan bagi Perodua Bezza 2020 telah pun dibuka sejak 3 Januari yang lalu di seluruh 186 pusat jualan Perodua sekitar Malaysia

Perodua Bezza merupakan sedan pertama yang dihasilkan syarikat Perodua dan telah dilancarkan 4 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2016. Semenjak pelancaran tersebut, Perodua Bezza telah terjual sebanyak 184,00 unit menjadikannya antara model kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga adalah sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia. Justeru tidak hairanlah mengapa Perodua ingin meneruskan legasi kenderaan ini dengan memperkenalkan versi terbaharunya

Kini, versi Perodua Bezza 2020 akan menawarkan bukan sahaja rekaan baharu, malah pemanduan yang berbeza serta teknologi keselamatan pintar. Ditawarkan dalam 4 jenis varian berbeza, Perodua Bezza 2020 akan dijual di Malaysia dengan tanda harga atas jalan tanpa insurans bermula serendah RM34,580 sehingga RM49,980. Dari segi warna luaran, terdapat dua warna baharu iaitu Garnet Red (hanya untuk varian 1.3 liter) serta Granite Grey selain empat warna sedia ada

Seperti yang diperkenalkan dalam model terkini Perodua yang lain, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 kini telah dimiliki oleh Perodua Bezza menerusi varian AV. Ini sekaligus menjadikan Perodua Bezza 2020 sebagai sedan paling mampu milik di Malaysia dengan ciri berkenaan. Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman turut tersedia dalam varian X dan varian AV.  Varian AV pula akan menikmati kelengkapan kamera undur bagi memudahkan urusan pemanduan

PERODUA BEZZA 2020 HARGA TERKINI GAMBAR DAN SPESIFIKASI MODEL TERBAHARU

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, sila rujuk butiran yang disediakan di bawah untuk kemudahan semua. Berikut dikongsikan harga terkini Perodua Bezza 2020 beserta gambar dan spesifikasi:

Inside page D42l teaser

HARGA RASMI PERODUA BEZZA 2020 MENGIKUT VARIAN
Tempahan telah dibuka dan boleh dilakukan di semua 186 pusat jualan Perodua bermula 3 Januari 2020

1.0 GX (MT)

Harga
RM MYR Ringgit Malaysia34,580

1.0 GX (AT)

Harga
RM MYR Ringgit Malaysia36,580

1.3 X (AT)

Harga
RM MYR Ringgit Malaysia43,980

1.3 AV (AT)

Harga
RM MYR Ringgit Malaysia49,980
*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans

Bezza 2020 harga

 VARIASI WARNA PERODUA BEZZA 2020
Sugar Brown | CoklatOcean Blue | Biru
Granite Grey | KelabuGlittering Silver | Perak
Ivory White | PutihGarnet Red | Merah

ENV7NbyWwAANKyv

ENU961mUwAI t39

SPESIFIKASI PERODUA BEZZA 2020
1.0 G

Lampu Depan LED Skirt sisi dwi-tona
Cermin sisi elektrikRim Aloi 14 inci
Lampu Isyarat Belok pada Cermin Sisi ElektrikSensor Undur
ABS dengan EBDGril depan Kemasan Akhir Perak
1.3 X

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Perdoua Bezza 2020 1.0 G, cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah
Gril depan Kemasan Akhir Krom Rim Aloi 15 inci
Akses Pintar dengan Kunci Pintar & Butang Mula/Henti EnjinSensor sisi depan
Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)Kawalan Cengkaman (TRC)
1.3 AV

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Perdoua Bezza 2020 1.3 AV, cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah
Cermin Sisi Elektrik dengan lampu isyarat belok boleh lipatKamera Undur
Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A.) 2.0

BEZZA faceliftENgFtD3UYAEsbbD

ENgFtD3UwAAG5OD

Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!