Semakan Keputusan SPM 2022 & SPMU 2023 Online dan SMS

Pendidikan

Pendidikan

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 boleh membuat semakan keputusan SPM atau mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2022 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Mei 2023

Berdasarkan semakan MYsumber secara online terhadap tarikh keputusan SPM dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mei untuk mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan sekolah menengah

Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran pengajian tinggi, memohon biasiswa dan pekerjaan

Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2022 Secara Online dan SMS

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi result Sijil Pelajaran Malaysia 2022 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan result secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau online (semakan atas talian) sebagai panduan pelajar menyemak keputusan.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022

  • Tarikh : 8 Jun 2023 (Khamis)
  • Masa : 10 Pagi

Sumber: Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasmi KPM

Mekanisme Semakan

Berikut adalah beberapa cara semakan keputusan SPM. Calon boleh memilih kaedah yang sesuai untuk atau cara yang sesuai untuk mendapatkan keputusan:

Melalui Sekolah 

Pelajar boleh hadir ke sekolah dan keputusan akan dikeluarkan bermula jam 10 pagi.

Semakan Online Result SPM 2022

Layari laman web di pautan berikut untuk ringkasan keputusan spm 2022, diaktifkan bermula 10 pagipada 8 Jun 2023 khamis

Semakan SMS

Berikut adalah cara check result menggunakan sistem pesanan ringkas sms untuk mendapatkan keputusan SPM:

  • Taip: SPM (jarak) No.KP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: SPM 990527031234 WY001A040 sms hantar ke 15888

*Sistem aplikasi bagi semakan ringkasan result SPM 2022 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi semakan keputusan diumumkan

  • Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia

Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing -masing atau JPN

Aplikasi Mobile

Keputusan Penuh SPM 2022

Untuk calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai bagi mendapatkan keputusan peperiksaan

Untuk calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai bagi mendapatkan keputusan peperiksaan mereka

1. Calon Sekolah : Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

2. Calon Persendirian : Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM berdasarkan kepada tarikh rasmi semakan 

Kenyataan Media

KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia seperti berikut:

Pendidikan
Pendidikan

Bagi mereka yang mendapat keputusan kurang baik, boleh memohon untuk check semula result spm. Panduan permohonan penyemakan semula boleh dirujuk di pautan berikut:

Tarikh Keputusan SPM Diumumkan Setiap Tahun

Berikut adalah tarikh-tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan bagi setiap tahun:

  • SPM 2021 : 16 Jun 2022
  • SPM 2020 : 10 Jun 2021
  • SPM 2019 : 5 Mac 2020
  • SPM 2018 : 14 Mac 2019
  • SPM 2017 : 15 Mac 2018
  • SPM 2016 : 16 Mac 2017
  • SPM 2015 : 3 Mac 2016
  • SPM 2014 : 3 Mac 2015
  • SPM 2013 : 20 Mac 2014
  • SPM 2012 : 21 Mac 2013

Halatuju Selepas SPM 

Sebagai rujukan, terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh pelajar lepasan SPM untuk menyambung pelajaran. Berikut adalah beberapa halatuju selepas SPM untuk panduan semua.

Pendidikan

Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada kita yang terus bekerja selepas SPM. Ini kerana keputusan yang kurang memberangsangkan ataupun keperluan mendesak untuk bekerja. Apa pun pilihan yang dibuat setiap orang ada perjalanan mereka masing-masing

Semakan Keputusan SPMU 2023 SPM Ulangan Secara SMS Dan Online

Calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2023 (SPMU) boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Oktober 2023.

Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh pengumuman bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dalam bulan Oktober

Dalam pada itu, calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat berkaitan seperti tarikh pengumuman rasmi, cara membuat semakan sama ada melalui atas talian (online) atau aplikasi mySMS 15888 menerusi ruangan yang tersedia seperti berikut

Tarikh Pengumuman Keputusan Dan Info Semakan

  • Semakan Dibuka : 12 Oktober 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi
  • Semakan Ditutup : 18 Oktober 2023 (Rabu) jam 6.00 petang

Semakan Secara Online

Perkhidmatan sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2023 secara atas talian (online) ada disediakan melalui

Semakan Keputusan SPMU 2023 Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut:

Taipkan: SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

  • Contoh: SPMU 960101114001 WKKC049A204

Nota: Perkhidmatan penghantaran mesej hanya diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 12 Oktober 2023 dan akan tamat pada pukul 6 petang, 18 Oktober 2023.

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023

Calon yang tidak mempunyai capaian internet atau sebarang masalah berkaitan boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut

Related : ringkasan keputusan secara online dan sms perkhidmatan mysms peperiksaan spm negeri tempat mereka mendaftar sms ke 15888 bulan jun

Related :, 17 Jun 2021, mulai pukul 10.00 pagi, keputusan spm 2021 secara, diaktifkan mulai pukul 10.00, keputusan peperiksaan spm 2021, berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, berikut dikongsikan cara membuat semakan, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, ditulis atas nama akauntan negara malaysia, kenyataan media kementerian pendidikan malaysia, kokotkan wang pos kiriman wang bank draf pada borang, menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mysms, pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, pukul 6.00 petang, ringkasan keputusan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2021, slip keputusan peperiksaan spm, jun 2022 sehingga pukul, pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan