Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bertindak agresif pada tahun 2019 apabila memperkenalkan model kereta ke-empat bagi tahun ini iaitu Proton Saga Facelift 2019. Setelah kejayaannya kembali menjadi jenama kedua terlaris di Malaysia berdasarkan angka jualan bulan April 2019, Proton ingin meneruskan momentum kecemerlangannya dengan menaiktaraf kereta pertama yang dikeluarkan Proton iaitu Proton Saga
Proton Saga Facelift 2019 kini telah ditambahbaik dengan pelbagai kelebihan berdasarkan model asal generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2016. Antara perbezaan yang paling ketara adalah penggunaan kotak gear automatik empat kelajuan (torque converter) konvensional daripada Hyundai yang menggantikan transmisi CVT bagi model AT. Bagi model MT pula kotak gear lima kelajuan-manual masih digunakan
Perubahan ketara pada Saga 2019 turut dapat dilihat pada harga yang ditawarkan iaitu bermula serendah RM32,800 bagi model standard hingga RM39,800 bagi model premium. Proton juga hanya memperkenalkan tiga varian bagi model facelift 2019 kali ini berbanding empat iaitu versi Standard MT, Standard AT dan Premium AT di mana model pertengahan Executive AT telahpun disingkirkan. Kuasa enjin bagi kesemua varian sama seperti sebelum ini aitu 1.3L VVT dengan 94 hp pada takat 5,750 rpm tork maksima 120 Nm pada takat 4,000 rpm
Ciri keselamatan juga turut dipertingkatkan di mana semua varian kini dilengkapi dengan sistem Brek Anti Kekunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), titik penahan ISOFIX (dengan top tenthers) serta dua beg udara depan. Cakera serta angkup brek pada Saga 2019 kini lebih besar yang diambil terus dari model Iriz dan Persona. Khusus bagi varian Premium, Bantuan Kawalan Cerun, kamera undur, sensor hadapan, dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) turut disediakan
Bagi kemasan luaran, model Saga 2019 didatangkan dengan lampu hadapan reflektor halogen dan gril “infinite weave” dengan lima pilihan warna iaitu Snow White, Ruby Red, Armour Silver, Rosewood Marron dan Jet Grey. Untuk bahagian dalaman pula, kesemua varian dilengkapi peralatan standard papan meter baharu serta skrin pelbagai info monokrom
HARGA, SPESIFIKASI DAN GAMBAR KERETA PROTON SAGA FACELIFT 2019
Bagi pembelian pembelian Proton Saga Facelift 2019, ianya hadir sekali bersama jaminan waranti selama lima tahun ataupun 150,000 km begitu juga kos buruh percuma sehingga tiga kali servis atau lebih kurang satu tahun. Berikut disertakan harga, spesifikasi dan gambar kereta Proton Saga Facelift 2019 untuk rujukan semua
HARGA RASMI PROTON SAGA 2019 MENGIKUT VARIAN | |||||
Tempahan boleh dilakukan dengan bayaran deposit hanya RM9.99 iaitu promosi secara online dari 6 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2019 sahaja. | |||||
1.3 Standard 5MT
| 1.3 Standard 4AT
| ||||
1.3 Premium AT
| |||||
*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans |
Anggaran Bayaran Pinjaman Bulanan | |||||||
Bagi memudahkan orang ramai, berikut disediakan pautan untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi pembeli mengikut jenis kenderaan dan jangkamasa pinjaman serta kadar faedah mengikut bank (3.5% merupakan purata kadar faedah bank di Malaysia) | |||||||
Kalkulator Pinjaman Kenderaan
| |||||||
Lazimnya, pembeli perlu mengeluarkan duit muka (downpayment) sebanyak 10% kerana Bank Negara mewajibkan bagi setiap pinjaman mestilah hanya 90% daripada harga kereta | |||||||
Namun begitu, terdapat bank tertentu seperti Bank Rakyat dan Bank Islam yang menyediakan skim graduan (graduate scheme) yang melayakkan seseorang untuk mendapat pinjaman penuh (full loan) |
VARIASI WARNA PROTON SAGA 2019 | ||
Merah (Red Ruby) | Merah tua (Rosewood Maroon) | |
Perak (Armour Silver) | Kelabu (Jet Grey) | |
Putih (Snow White) |
CIRI UNIK PROTON SAGA 2019 | ||||||||
|
SPESIFIKASI PROTON SAGA 2019 | ||||||||||||||||
1.3 Standard 5MT
|
1.3 Standard 4AT
|
1.3 Premium AT
|