Calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2023 (SPMU) boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Oktober 2023
Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh pengumuman bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dalam bulan Ogos hingga Oktober
Semakan Keputusan SPMU 2023 SPM Ulangan Secara SMS Dan Online
Maklumat semakan bagi SPMU 2023 akan dikemaskini, berikut adalah perkongsian maklumat SPMU 2022 sebagai rujukan. Dalam pada itu, calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat berkaitan seperti tarikh pengumuman rasmi, cara membuat semakan sama ada melalui atas talian (online) atau aplikasi mySMS 15888 menerusi ruangan yang tersedia seperti berikut
Tarikh Pengumuman Keputusan Dan Info Semakan
- Semakan Dibuka : 20 Oktober 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi
- Semakan Ditutup : 26 Oktober 2022 (Rabu) jam 6.00 petang
Semakan Secara Online
Perkhidmatan sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2022 secara atas talian (online) ada disediakan melalui
Semakan Keputusan SPMU 2022 Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut:
Taipkan: SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888
- Contoh: SPMU 960101114001 WKKC049A204
Nota: Perkhidmatan penghantaran mesej hanya diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 20 Oktober 2022 dan akan tamat pada pukul 6 petang, 26 Oktober 2022.
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2022
Calon yang tidak mempunyai capaian internet atau sebarang masalah berkaitan boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut
Related : ringkasan keputusan secara online dan sms perkhidmatan mysms peperiksaan spm negeri tempat mereka mendaftar sms ke 15888 bulan jun