Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan atau membuat semakan keputusan STAM 2023 masing-masing pada satu tarikh pada bulan Jun 2023
Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan STAM dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Januari untuk mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun akibat pandemik COVID-19, tarikh semakan telah ditangguhkan ke pertengahan tahun
Jika dahulu, keputusan hanya boleh diambil secara manual di sekolah, kini semakan keputusan boleh dibuat dengan beberapa kaedah lain. Kaedah tersebut termasuklah menerusi semakan secara online dan juga melalui SMS
Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat result STAM cemerlang. Bagi yang dapat keputusan kurang memberangsangkan jangan berputus asa. Masih ada lagi peluang untuk menyambung pelajaran di pelbagai institusi pengajian dengan mahupun peluang bekerja di masa hadapan
Tarikh Dan Semakan Keputusan STAM 2021 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan STAM 2021 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) STAM 2021 secara online (semakan dalam talian). Maklumat bgai tahun 2022 akan dikemaskini
Tarikh Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021
- Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
- Masa : 10 pagi
Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi dari sumber kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Mekanisme Semakan
1. Secara Online
Sistem aplikasi bagi semakan keputusan penuh STAM 2021 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi dan boleh disemak di pautan berikut :
2. Secara SMS
Semakan SMS :
- Taip: STAM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 68886
- Contoh: STAM 0010237898 MQ027S025 hantar ke 68886
Kaedah semakan secara SMS untuk ringkasan keputusan juga disediakan dan perkhidmatan akan diaktifkan dari jam 1000 pagi, 30 Jun 2022 sehingga jam 600 petang 6 Julai 2022
Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
Keputusan Penuh STAM 2019
Calon Sekolah : Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
Calon Persendirian : Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STAM