Semakan Keputusan BR1M 2020 Status Permohonan Dan Kemaskini

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status Kelulusan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2020 secara dalam talian (online) bagi mengetahui sama ada Permohonan atau Kemaskini yang dibuat sebelum ini telah diluluskan atau berjaya

Bagaimanapun, keputusan Status Kelulusan Permohonan mahupun Pengemaskinian tersebut akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Pertukaran Nama BR1M Kepada BSH : Untuk pengetahuan semua, bermula tahun 2018, Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M telah digantikan namanya dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH. Walaupun namanya berubah, pemberian bantuan kewangan kepada rakyat ini masih menggunakan mekanisme yang sama kecuali perubahan dalam jenis kategori penerima bantuan. Justeru itu untuk semakan keputusan dan status permohonan bagi BSH 2020, pemohon dan penerima bantuan boleh merujuk kepada panduan yang disertakan di pautan berikut:

Semakan Keputusan BR1M 2020 Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut

  1. Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  4. Jabatan Pengangkutan Jalan
  5. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  6. Jabatan Agama Islam Negeri
  7. Angkatan Tentera Malaysia
  8. Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia
  11. Kumpulan Wang Persaraan
  12. Kementerian Luar Negeri

(Termasuk Polis Diraja Malaysia)

Cara Membuat Semakan Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini BR1M 2018 

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 (Lulus atau Gagal) boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari

Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

Cara semakan status kelulusan adalah mudah. Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk laman aplikasi MyBR1M. Panduan disertakan di bawah

1) Layari Laman Sistem Aplikasi myBR1M

Semakan Online Status Kelulusan BR1M

Bantuan Sara Hidup

2) 

i. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
ii. Kemudian, klik pada butang Log Masuk

Sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBR1M bagi membuat semakan, anda wajib menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran di atas

3) Soalan Keselamatan

  • Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBR1M
  • Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini
  • Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan mengakses sistem MyBR1M untuk membuat semakan status permohonan BR1M
  • Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar
  • Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain
  • Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan
  • Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan

Bantuan Sara Hidup

4) Semakan Status

Setelah berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBR1M

Bantuan Sara Hidup

Untuk membuat semakan keputusan permohonan BR1M 2018, sila klik pada menu bergambar Semakan Status. Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BR1M 2018 akan dipaparkan

Sila rujuk contoh pada lampiran di bawah

Bantuan Sara Hidup

Penerangan Status Semakan Kelulusan Permohonan BR1M 2018

  1. Didaftarkan Permohonan : berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima Permohonan : telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses Permohonan : dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan Pemohon : perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus Permohonan : telah diluluskan / berjaya
  6. Tidak Lulus Permohonan : tidak diluluskan / tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

5) Paparan MyBR1M

Selain semakan status, menerusi laman MyBR1M pemohon turut boleh membuat Kemaskini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas dengan klik pada menu bergambar yang terpapar
Bantuan Sara Hidup

Tindakan 

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dengan bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan

Atau, pemohon boleh juga memaklumkan perkara ini menerusi:

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my

Pemakluman Keputusan Permohonan BR1M 2018

Selain semakan secara dalam talian (online), surat makluman keputusan BR1M 2018 akan dicetak dan diposkan mengikut rekod alamat seperti dalam borang permohonan atau kemaskini BR1M

Bagi setiap permohonan / kemaskini yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan