Semakan keputusan STPM 2019 Ulangan Semester U1 U2

14:00 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Januari 2020 jam 10:15 PM

STPM Result Ulangan U1 U2

Calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ulangan Semester 1 (U1) dan Semester 2 (U2) dahulunya dikenali sebagai Penggal 1 (P1) dan Penggal 2 (P2) bagi tahun 2019 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan yang berkenaan pada suatu tarikh yang akan diumumkan.

Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan STPM U1 & U2 dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Februari untuk mengumumkan keputusan keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Semakan keputusan STPM Ulangan 1 dan 2 tahun 2019 boleh dibuat secara dalam talian (online) atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mulai tarikh yang dinyatakan selepas jam 10 pagi

SEMAKAN KEPUTUSAN ULANGAN SEMESTER 1 (U1) DAN ULANGAN SEMESTER 2 (U2) STPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS

Berikut adalah info untuk membuat penyemakan keputusan ulangan Semester 1 dan ulangan Semester 2 STPM 2019

Tarikh SemakanKEPUTUSAN STPM ULANGAN U1 2019
TarikhJam
5 Februari 2020 (Rabu)
10:00 Pagi
Tarikh SemakanKEPUTUSAN STPM ULANGAN U2 2019
TarikhJam
7 Februari 2020 (Jumaat)
10:00 Pagi
STPMMEKANISME SEMAKAN KEPUTUSAN STPM ULANGAN U1 & U2 2019

RESULT STPM 2019 ULANGAN U1 & U2

Semakan OnlineSemakan Online
Check SMSSemakan SMS
Taip : STPM (jarak) RESULTU1 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888
Taip : STPM (jarak) RESULTU2 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888
iklan semakan stpm u1 dan u2
MYNota
Sistem aplikasi semakan bagi keputusan peperiksaan ulangan semester 1 (U1) dan 2 (U2) hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan
Point HuraianSila masukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan berkenaan
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Calon-calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!