Tarikh Bayaran Bantuan Sekolah 2023 RM150 BAP bila dapat

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 bernilai RM150 bagi setiap seorang murid atau pelajar akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diagihkan kepada 3.2 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) seluruh negeri

Setiap murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (isi rumah) ibu bapa atau penjaga mereka dan semakan oleh pihak sekolah. Kini, bantuan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengambil  kira pendapatan ibu bapa atau penjaga

Peruntukkan sebanyak RM450 juta diperuntukkan oleh kerajaan sebelum ini pada tahun 2022 bagi meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang antara lain untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 Tahun 2023

Terkini : Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan 2023 akan diberikan pada Januari 2023 kepada semua murid tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa. Maklumat lanjut akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan

Pada pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan telah mengumumkan peningkatan jumlah bantuan awal persekolahan daripada RM100 kepada RM150. Inisiatif ini bagi membantu ibu dan bapa membeli kelengkapan persekolahan anak-anak menjelang kemasukan ke sekolah secara bersemuka pada tahun 2023

Berikut adalah maklumat dan kriteria bagi pelajar atau murid yang layak untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 pada bulan Januari tahun 2023

Tarikh Mula Bayaran Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan 2023 Kepada Sekolah

  • Tarikh : Mulai 12 Januari 2023 
  • Tahun 2022 : Mulai 17 Januari 2022
  • Bayaran : Berperingkat

Peruntukan BAP dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan kepada murid sejurus peruntukan diterima. Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada Mac 2023, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Wang bantuan akan diagihkan kepada murid yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah dari KPM.

Bantuan Awal Persekolahan 2023

  • BAP (RM150)

KPM akan menyalurkan bantuan kewangan ini melalui dua kaedah iaitu :

  • Dikreditkan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh pengagihan BAP kepada murid akan juga dimaklumkan oleh pihak sekolah setelah menerima wang bantuan kepada murid-murid yang layak.

Objektif : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga

Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAP 2023 melalui pihak pengurusan sekolah anak / jagaan masing-masing kerana tarikh bagi majlis penyerahan bantuan persekolahan itu akan ditentukan oleh pihak sekolah

Syarat Kriteria Kelayakan Terima Bantuan Awal Persekolahan 2023

  • a. Murid warganegara Malaysia
  • b. Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan (selain sekolah antarabangsa)
  • c. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2023/ 2024
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan