Harga Terkini Kos Tunai Haji 2023 Bayaran Kekal Atau Naik

Berita

Berita

Kos atau bayaran untuk menunaikan ibadah haji di Mekah (Makkah) pada tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah setelah mengambil kira bantuan kewangan haji bersasar adalah RM10,980 untuk kumpulan B40, RM15,980 untuk kumpulan M40 dan RM30,850 untuk kumpulan T20 bagi seorang jemaah.

Difahamkan kos sebenarnya telah mengalami kenaikan iaitu daripada RM25,540 sebelum ini kepada RM30,850. Namun pihak Tabung Haji masih memberikan subsidi bersasar sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji Malaysia

Sebagai makluman, setiap tahun ada kos bertambah seperti hotel penginapan serta pengangkutan termasuk kos penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi dan juga penambahan kos mutawif

Bayaran Harga Terkini Tunai Haji Tahun 2023 RM10,980

TERKINI: Lembaga Tabung Haji mengumumkan pada 20 Mac 2023, kos bagi mengerjakan Haji untuk Musim Haji 1444H / 2023M adalah:

  • RM10,980 : Jemaah Haji Kumpulan B40
    (Selepas RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asala adalah RM11,980)
  • RM15,980 : Jemaah Haji Kumpulan M40
  • RM30,850 : Jemaah Haji Kumpulan T20

Berikut adalah infografik mengenai kos haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji untuk makluman orang ramai :

Berita

Berita

Meskipun kos untuk mengerjakan ibadat haji bagi jemaah Haji Malaysia antara yang termurah tetapi perkhidmatan diberikan kepada jemaah kekal menjadi yang terbaik

Harga Sebenar Bayaran Kos Tunai Haji Di Makkah 2023

  • Untuk pengetahuan umum, kos sebenar bayaran Haji bagi Bakal Haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah bagi tahun 2023 (1444H) adalah sebanyak RM30,850 namun Tabung Haji (TH) tetap meneruskan tanggungan (subsidi) sebanyak RM19,870 (B40) dan RM14,870 (M40) seorang
  • Tanggungan (subsidi) berkenaan hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja

Panduan Bayaran Haji Langsung Bagi Musim Haji 1444H/ 2023M

Jenis Jemaah (Muassasah)Kos HajiTanggungan Kos THBayaran Haji
Kumpulan B40RM30,850RM19,870RM10,980
Kumpulan M40RM30,850RM14,870RM15,980
Kumpulan T20RM30,850RM –RM30,850

Tahun 2022

Berita

Jumlah Peruntukkan Subsidi Tahun 2022

Berikutan kos sebenar haji telah meningkat, Tabung Haji (TH) akan terus memberikan subsidi untuk mengurangkan kos haji kepada lebih bakal jemaah haji Malaysia pada tahun 2022. Bayaran haji sebanyak RM9,980 telah kekal sejak tahun 2009 dengan subsidi yang akan ditanggung oleh TH sebanyak RM12,920 iaitu 56 peratus daripada kos haji.

Mulai tahun 2022, bayaran untuk B40 adalah sebanyak RM10, 980 dengan subsidi yang ditanggung oleh TH sebanyak RM14,560 iaitu 57% dari kos haji untuk kumpulan B40. Bagi bukan B40, bayaran adalah sebanyak RM12, 980 dengan subsidi yang ditanggung oleh TH sebanyak RM12,560 iaitu 49% dari kos haji.

Jumlah subsidi yang ditanggung TH itu tidak meliputi perbelanjaan langsung untuk semua jemaah negara secara percuma termasuk penganjuran kursus bimbingan, buku dan risalah panduan, kos petugas, perkhidmatan perubatan serta prasarana stesen berlepas

Tanggungan kos subsidi haji setiap jemaah dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM400 juta itu membuktikan bahawa kedudukan kewangan TH yang kukuh dan komitmen kepada jemaah haji setiap tahun

Tahun 2020

  • Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) atau lebih kurang RM326 seorang yang perlu dibayar oleh setiap jemaah haji tahun 1441H/2020M
  • Namun begitu, kerajaan Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji akan menanggung kos bayaran visa tersebut bagi kesemua 31,600 bakal jemaah haji Malaysia

Maklumat Lengkap Permohonan Dan Pendaftaran Haji

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan klik judul pautan dibawah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan