Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan PT3 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Disember 2019
Untuk pengetahuan calon, pihak pengurusan sekolah masing-masing akan memberitahu tarikh majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 kepada calon yang terbabit
Oleh itu, sila dapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh penyerahan keputusan pelaporan PT3 2019 daripada pihak sekolah masing-masing
TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2019 SECARA ONLINE DAN SMS
Pada tarikh rasmi keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan, semua calon yang terbabit boleh mendapatkan pernyataan keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi (waktu umum), bagaimanapun terdapat sekolah yang mengadakan majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 bermula jam 8 atau 9 pagi
Berikut adalah ruangan maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi keputusan peperiksaan PT3 2019 diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing serta panduan permohonan penyemakan semula keputusan PT3
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 | |||
RESULT PT3 2019
|
Keputusan Pelaporan PT3 2019 | |
Calon Sekolah | Calon Persendirian |
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan | Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3 |
Senarai Pelaporan Yang Akan Diterima Oleh Calon |
a. Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) |
b. Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) |
c. Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PSJSK) |
d. Pelaporan Psikometrik (PPsi) |
Semakan Keputusan PT3 2019 Secara Online Dan SMS |
Perkhidmatan semakan keputusan PT3 2019 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum |
Ia berikutan tiada pengumuman secara berpusat, selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) |
Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2019 |
1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan PT3 yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan |
2. Caj atau kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan PT3 adalah sebanyak RM50.00 bagi satu mata pelajaran |
3. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan |
4. Borang boleh didapati dari sekolah, Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my |
5. Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3 |
6. Keputusan penyemakan semula PT3 akan dikeluarkan serta dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon |
Info Berkaitan |