Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2023 di Malaysia
Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1)
Keputusan untuk menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal
Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa 2023 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)
Pengisytiharan Atau Pengumuman Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri Tahun 2023
Pengisytiharan bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2022
Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri/ Puasa 1444H/2023 M
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2022
- 2 Mei 2021 (Masihi) bersamaan 1 Syawal 1443 (Hijrah) : Hari Isnin
Pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2022 di Malaysia telah diumumkan melalui saluran RTM TV1 (Ahad, sekitar jam 8:00 malam, 1 Mei 2022)
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tarikh 2 Mei 2022 (Selasa) bersamaan 1 Syawal 1443 Hijrah, demikian sepertimana maklumat dalam Kalendar Islam 2022
Pengumuman penetapan tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022M / 1443H oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2 Mei 2022”
Sumber Gambar: Awani