Panduan terkini cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri

12:30 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 25 Jun 2017 jam 07:30 AM

Panduan Cara Sembahyang Raya Aidilfitri Terkini

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua

PANDUAN TERKINI CARA MENUNAIKAN SEMBAHYANG / SOLAT SUNAT HARI AIDILFITRI

Berikut adalah panduan serta cara bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dan sebelum pergi ke masjid bagi menunaikan solat aidilfitri, Umat Islam juga disunatkan mandi (mandi sunat Hari Raya Aidilfitri), membersihkan diri besertakan niat

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
Bahasa rumi: Nawaitul Ghusla li i’dil fitri sunnatallilahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat Aidil Fitri kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
ُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Rakaat Pertama
Nombor 1Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
Nombor 2Membaca doa iftitah
Nombor 3Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
Nombor 4Membaca surah al- Fatihah
Nombor 5Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
Nombor 6Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Lafaz Tasbih

Rakaat Kedua
Nombor 1Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
Nombor 2Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
Nombor 3Membaca surah al-Fatihah
Nombor 4Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
Nombor 5Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
Nombor 6Memberi salam
Muat Turun (Download) Panduan Solat Sunat Aidilfitri
Untuk memuat turun, klik pada judul pautan berikut
Lampiran PDFSila Klik LinkLampiran Teks Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

VIDEO LENGKAP TATACARA / PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI