Berita baik buat orang ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) akan membuat pengambilan pelajar bagi program sepenuh masa melalui 2 sesi kemasukan dalam setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai.
Permohonan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM / SKM / ST di Malaysia berumur antara 17 hingga 35 tahun bergantung kepada jenis program yang ingin diikuti. Terdapat pelbagai jenis program pengajian yang ditawarkan termasuklah sijil, diploma dan diploma lanjutan yang mempunyai jangkamasa kursus antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan.
ILJTM kini terdiri daripada sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), lapan buah pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC), dan 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) menjadikannya berjumlah 32 buah institusi seluruh Malaysia termasuklah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan ILJTM diwujudkan adalah untuk menyediakan para pelajar dalam program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia. Menurut statistik yang telah dikeluarkan, sebanyak 80% lepasan ILJTM telah berjaya mendapatkan pekerjaan di pelbagai industri dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian.
Permohonan ILJTM 2023 Online Kemasukan Ke ILP, ADTEC Dan JMTI (Sesi Februari & Julai)
Bagi mereka yang berminat, bolehlah membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang disediakan MYsumber di bawah. Berikut dikongsikan juga informasi penting mengenai permohonan seperti tarikh-tarikh penting dan sebagainya.
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1/2023
- Dibuka : 30 Oktober 2022
- Ditutup: 28 November 2022
Mekanisme Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1/2023
Applikasi Online:
Sila masukkan nombor kad pengenalan / MyKad anda dan ikut arahan seterusnya
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Sesi 1/2023
Perkara | Tarikh |
1. Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #) | 30 November 2022 |
2. Sesi Temuduga (kursus bertanda #) | 6 – 7 Disember 2022 |
3. Hebahan Keputusan Permohonan | 19 Disember 2022 |
4. Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran | 6 Januari 2023 |
5. Tarikh Rayuan Kemasukan | Akan dikemaskini |
4. Semakan Surat Tawaran | Akan dikemaskini |
5. Pendaftaran Pelajar Baru | 7 Februari 2023 |
*Segala maklumat dan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak atasan. Informasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa
MYsumber juga akan berkongsi informasi penting seperti tarikh-tarikh untuk kemasukan dan semakan begitu juga pautan untuk membuat permohonan bagi kemasukan ke ILJTM sesi 2/2023 seperti di bawah:
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2 2023
- Dibuka : 14 Februari 2023
- Ditutup : 1 Jun 2023
Mekanisme Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2023
Permohonan bagi kemasukan ke ILJTM untuk sesi 2/2023 boleh dibuat melalui sistem permohonan online menerusi pautan di bawah
Terdapat juga permohonan khas kemasukan ke ADTEC dan ILP berdasarkan sesi 2 2023
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Sesi 2 2023
Perkara | Tarikh |
1. Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #) | 6 Jun 2023 |
2. Sesi Temuduga (kursus bertanda #) | 13 – 14 Jun 2023 |
3. Hebahan Keputusan Permohonan | 23 Jun 2023 |
4. Cetakan Surat Tawaran | 23 Jun – 6 Julai 2023 |
5. Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran | 6 Julai 2023 |
6. Tempoh Rayuan Kemasukan (terus ke ILJTM) – tertakluk pada kekosongan tempat | Akan dikemaskini |
7. Pendaftaran Pelajar Baru | 31 Julai 2023 |
*Segala maklumat dan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak atasan. Informasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Kursus Yang Ditawarkan Di ILJTM
Sehingga kini, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia menawarkan :
- 45 kursus di peringkat Sijil
- 43 kursus di peringkat Diploma
- 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan
- Kursus-kursus tersebut adalah dalam pelbagai jenis bidang seperti:
- Mekanikal & Pengeluaran
- Elektrik & Elektronik
- Teknologi Maklumat
- Sivil & Bangunan
- Percetakan dan Bukan Logam
*Peringatan Mesra : Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia sahaja. Surat menyurat secara manual tidak akan dikeluarkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke ILJTM, sila hubungi pihak berkenaan melalui cara di bawah:
- Bahagian Pengurusan Latihan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 6, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya - Tel : 03-8886 5555 sambungan 5551, 5556, 2418, 6484
- Fax 03-8889 2417
- emel : jtm@mohr.gov.my
Semak Kembali Artikel