Keputusan Award anugerah Puskas FIFA Faiz Subri pemenang

Bola sepak

Bola sepak

Mohd Faiz Subri dinobatkan selaku pemenang dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 (The FIFA Puskás Award) sekali gus melakar sejarah bola sepak negara dan Asia

Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland bagi kategori jaringan terbaik disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo kepada Faiz Subri

Jaringan yang telah menggegarkan dunia bola sepak antarabangsa tersebut adalah sewaktu aksi pertemuan Liga Super di antara pasukan Kedah dan pasukan Pahang di Stadium Bandaraya pada Februari 2016

Mohd Faiz Subri Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

Mohd Faiz Subri menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang yakin beliau akan memenangi anugerah Puskás berkenaan selepas menonton video jaringan disifatkan sebagai “melanggar hukum fizik”

Kemenangan itu juga meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez

Jaringan Faiz Subri itu dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini

Dua lagi calon akhir bagi kategori Anugerah Puskas adalah pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez

Mohd Faiz merupakan pemenang kelapan Anugerah Puskas FIFA yang sebelum ini pernah dimenangi Cristiano Ronaldo (Portugal) pada 2009, Hamit Altintop (Turki) pada 2010, Neymar (Brazil) pada 2011, Miroslav Stoch (Slovakia) pada 2012, Zlatan Ibrahimovic (Sweden) pada 2013, James Rodriguez (Colombia) pada 2014 dan Wendell Lira (Brazil) pada 2015

Anugerah Puskas FIFA yang diperkenalkan sejak 2009 bertujuan untuk mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik di dunia setiap tahun dan untuk pemilihan kali ini, ia dibuat berdasarkan ja­ringan dari 30 September 2015 hingga 30 September 2016

Jumlah Peratusan Undian Anugerah Puskás FIFA 2016

  1. Faiz Subri : 60%
  2. Marlone : 23%
  3. Daniuska : 10%
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan