Cara dan perkara yang boleh keluar duit KWSP EPF awal

Informasi

Informasi

Berikut adalah cara untuk keluar duit kwsp epf awal. Umum mengetahui, pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan

Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan EPF sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan

Secara umumnya, ramai yang beranggapan duit KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur persaraan ataupun pembiayaan untuk pembelian rumah sahaja

Namun, pengeluaran simpanan sebenarnya tidak terhad kepada perkara tersebut di mana pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran lebih awal berdasarkan jenis-jenis pengeluaran yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Cara Keluar Duit KWSP EPF Awal & Perkara Yang Boleh Keluar Duit KWSP EPF Sebelum 50 Tahun

Permohonan Pengeluaran Awal Duit KWSP / EPF

Berikut MYsumber kongikan maklumat jenis-jenis pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja buat rujukan pencarum

Jenis-Jenis Pengeluaran Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Selain pengeluaran i-Lestari KWSP yang boleh dipohon mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021, berikut adalah jenis-jenis pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan buat pencarum/ ahli :-

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun
  • Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Skim Pelaburan Ahli
  • Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Haji
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA

Cara Membuat Pengeluaran KWSP Mengikut Jenis

Berikut adalah kaedah atau cara membuat pengeluaran KWSP lebih awal mengikut jenis-jenis tertentu serta kategori pengeluaran bagi setiap jenis dan syarat kelayakan pengeluaran

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun (Pengeluaran Sebahagian)

Kategori Pengeluaran :
a. Pengeluaran Penuh Akaun 2
b. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Kelayakan Memohon:
a. Berstatus warganegara Malaysia ATAU bukan warganegara Malaysia
b. Berusia di antara 50 tahun hingga umur 54 tahun
c. Memiliki simpanan dalam Akaun 2

Cara Pengeluaran:

1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad atau Isi borang KWSP 9B (AHL) jika tiada MyKad
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui POS dengan menyertakan salinan MyKad dan mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan Borang KWSP 3 (Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan)

2. Pengeluaran Umur 55 Tahun (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
a. Pengeluaran Penuh Kesemua Simpanan
b. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum adalah RM2,000.00 dan mestilah dilakukan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
c. Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum adalah RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan bagi sekurang-kurangnya 12 bulan)
d. Kombinasi Sebahagian Simpanan dan Bayaran Bulanan
e. Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia
2. Berusia di antara 55 tahun hingga 59 tahun
3. Memiliki simpanan KWSP dalam Akaun 55
4. Ahli Penjawat Awam Berstatus Pekerja Berpencen

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad atau Isi borang KWSP 9B (AHL) jika tiada MyKad
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui POS dengan menyertakan salinan MyKad dan mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan Borang KWSP 3 (Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan)

3. Pengeluaran Umur 60 Tahun (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
a. Pengeluaran Kesemua Akaun Simpanan
b. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum adalah RM2,000.00 dan mestilah dilakukan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
c. Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum adalah RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan bagi sekurang-kurangnya 12 bulan)
d. Kombinasi Sebahagian Simpanan dan Bayaran Bulanan
e. Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia
2. Telah mencapai usia 60 tahun dan ke atas
3. Memiliki simpanan KWSP
4. Ahli Penjawat Awam Berstatus Pekerja Berpencen

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad atau Isi borang KWSP 9B (AHL) jika tiada MyKad
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui POS dengan menyertakan salinan MyKad dan mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan Borang KWSP 3 (Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan)

4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan (Pengeluaran Sebahagian)

Kategori Pemohon:

  • Individu: Pengeluaran simpanan Akaun 2 bagi mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu
  • Bersama: Pembelian secara dengan ahli keluarga terdekat sama ada suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia
2. Ahli belum mencecah usia 55 tahun ketika memohon
3. Ahli memiliki simpanan dalam Akaun 2 dengan minimum RM500

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui e-Pengeluaran (rujuk pautan di bawah)

5. Pengeluaran Hilang Upaya (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
a. Pengeluaran ini membenarkan ahli untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP jika ahli tidak berupaya dari segi fizikal / mental / kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk mendapatkan pekerjaan (employability). Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 juga akan diberikan kepada ahli yang layak bagi meringankan beban.

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia
2. Ahli belum mencecah usia 55 tahun ketika tarikh permohonan diterima (telah berdaftar sebelum 1 Ogos 1998). Tiada had umur untuk pengeluaran (bagi yang berdaftar pada/selepas 1 Ogos 1998)
3. Ahli masih memiliki simpanan dalam Akaun KWSP
4. Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

6. Pengeluaran Meninggalkan Negara (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
a. Kesemua Simpanan KWSP bagi Warganegara Malaysia yang telah melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara luar
b. Kesemua Simpanan KWSP bagi Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap (PR) yang telah melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU Bukan Warganegara Malaysia (Pekerja Asing/ Ekspatriat) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan pulang ke Negara asal; DAN
2. Berstatus Warganegara Malaysia/ Bukan Warganegara yang berdaftar sebelum 1 Ogos 1998 dan belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan diterima KWSP; ATAU Bukan Warganegara yang berdaftar pada/selepas 1 Ogos 1998, tiada had umur kelayakan bagi pengeluaranl; DAN
3. Masih memiliki simpanan dalam Akaun KWSP

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

7. Pengeluaran Pendidikan (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
a. Pengeluaran bagi diri sendiri untuk membiayai yuran pengajian ATAU melangsaikan baki pinjaman pendidikan
b. Pengeluaran bersama suami / isteri untuk membiayai yuran pengajian anak (termasuk anak tiri / anak angkat)
c. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak

Pembiayaan Pendidikan:

Pembiayaan merangkumi yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institut pengajian ATAU jumlah baki pinjaman. Pembiayaan juga termasuklah yuran hostel dan penginapan serta penerbangan sehala (bagi pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan / luar negara)

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia
2. Ahli belum mencecah umur 55 pada tarikh permohonan
3. Ahli memiliki simpanan dalam Akaun 2

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

8. Pengeluaran Pekerja Berpencen (Pengeluaran Penuh)

Kelayakan Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli untuk mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:
1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga mendapat taraf berpencen oleh JPA; ATAU
2. Pekerja dalam Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta mendapat taraf berpencen oleh JPA
3. Belum mencecah umur 55 tahun

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui POS dengan menyertakan salinan MyKad dan mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan Borang KWSP 3 (Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan)

9. Pengeluaran Pesara Pilihan (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran semua simpanan bahagian pekerja untuk ahli yang bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam sekiranya mempunyai baki simpanan bagi tempoh wajib mencarum

Kelayakan Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli untuk mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:
1. Pesara dari perkhidmatan awam secara pilihan serta tidak bekerja lagi; ATAU
2. Bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam dan masih bekerja dengan majikan lain / bekerja sendiri; ATAU
3. Berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan telah bersara secara pilihan di bawah Penswastaan / Pengkorporatan namun masih bekerja dengan agensi tersebut
4. Belum mencecah umur 55 tahun

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui POS dengan menyertakan salinan MyKad dan mengisi Borang KWSP 9B (AHL) dan Borang KWSP 3 (Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan)

10. Pengeluaran Membeli Rumah (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
a. Pembelian Rumah oleh Individu: Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2
b. Pembelian Bersama Ahli Keluarga Terdekat/Individu Lain: Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
c. Pinjaman Perumahan 100%: 10% daripada harga rumah; ATAU Semua Simpanan Akaun 2
d. Pembelian Tanpa Pinjaman / Secara Tunai: Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
2. Belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan
3. Masih memiliki simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500)

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui e-Pengeluaran (rujuk pautan di bawah)

11. Pengeluaran Membina Rumah (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
a. Pembinaan Rumah oleh Individu: Perbezaan di antara kos membina rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada kos bina rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2
b. Pembinaan Bersama Suami / Isteri: Perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada kos bina rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
c. Pinjaman Perumahan 100%: 10% daripada kos membina rumah; ATAU Semua Simpanan Akaun 2
d. Pembinaan Tanpa Pinjaman / Secara Tunai: Kos membina rumah dengan tambahan 10% daripada kos bina rumah; ATAU kesemua simpanan Akaun 2

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
2. Belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan
3. Masih memiliki simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500)

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui e-Pengeluaran (rujuk pautan di bawah)

12. Pengeluaran Perumahan PR1MA (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membantu ahli untuk memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan ahli sedia ada serta caruman bulanan di Masa Depan

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia
2. Belum mencecah umur 55 tahun
3. Merupakan pembeli rumah PR1MA dan mengambil pinjaman perumahan menerusi Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA
4. Belum pernah membuat pengeluaran perumahan KWSP; ATAU juka ahli pernah berbuat demikian, ahli telah melupuskan atau hilang pemilikan harta berkenaan

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah yang disediakan di laman rasmi (rujuk pautan di bawah)

13. Pengeluaran Perumahan Fleksibel (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan akaun 2 bagi diasingkan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel agar ahli boleh mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi bagi membeli / membina rumah

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (PR)
2. Belum mencecah umur 54 tahun
3. Membeli / Membina rumah kediaman
4. Mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah yang disediakan di laman rasmi (rujuk pautan di bawah)

14. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:

  • Individu: Pengeluaran ini membenarkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan Akaun 2 atau mengikut jumlah baki pinjaman perumahan bagi membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah
  • Bersama: Pengeluaran ini membenarkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan Akaun 2 atau mengikut jumlah baki pinjaman perumahan bagi membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia (menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998) dan Bukan Warganegara ATAU berstatus Penduduk Tetap (PR)
2. Belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan (umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan)
3. Ahli memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui e-Pengeluaran (rujuk pautan di bawah)

15. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini adalah pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta mengeluarkan lebihan simpanan tersebut bagi diuruskan sendiri oleh ahli

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara
2. Belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan
3. Ahli memiliki simpanan melebihi RM1 Juta
Cara Pengeluaran
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

16. Pengeluaran Kematian (Pengeluaran Penuh)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli membuat pengeluaran penuh akaun ahli oleh Penama / Wasi / Pentadbir Pusaka / Waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli

Kelayakan Memohon:
1. Pemohon wajiblah berusia 18 tahun dan ke atas
2. Boleh dibuat bagi akaun yang mempunyai penamaan atau tanpa penamaan (rujuk maklumat lanjut di bawah)

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

17. Pengeluaran Kesihatan (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli mengeluarkan simpanan akaun 2 bagi membiayai Kos Rawatan Perubatan Penyakit Kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara
2. Belum mencecah umur 55 tahun pada tarikh permohonan
3. Memiliki simpanan dalam Akaun 2

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

18. Pengeluaran Haji (Pengeluaran Separa)

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli mengeluarkan perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli terhad kepada amain maksimum RM3,000; ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

Kelayakan Memohon:
1. Telah dipilih untuk melaksanakan ibadat haji oleh LTH
2. Belum mencecah umur 55 tahun
3. Belum pernah memohon pengeluaran haji
4. Simpanan dalam akaun LTH tidak mencukupi

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

19. Skim Pelaburan Ahli

Kategori Pengeluaran:
Pengeluaran ini membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 bagi membuat pelaburan untuk menambah dan meingkatkan simpanan persaraan bagi menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak lebih 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang telah dilantik

Kelayakan Memohon:
1. Berstatus Warganegara Malaysia; ATAU
2. Bukan Warganegara Malaysia yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
3. Telah pun mendapat taraf status Penduduk Tetap (PR)
4. Belum mencecah umur 55 tahun ketika tarikh permohonan diterima

Cara Pengeluaran:
1. Permohonan boleh dibuat di kaunter dengan membawa MyKad dan membawa dokumen yang diperlukan (rujuk pautan di bawah)

 

Pengeluaran Akaun KWSP Tertentu 

1. Pengeluaran khas

Sidang media khas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ahli bawah umur 55 tahun dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 seperti berikut

  • Maksimum : RM10,000
  • Minimum : RM50
  • Perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1

Pencarum perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 2

2. i-Sinar

Kemaskini Belanjawan 2021 : Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2021 mengenai Pengeluaran KWSP Akaun 1 secara bersasar.

Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.

Jumlah yang dibenar dikeluarkan adalah sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan

3. i-Lestari

Permohonan i-Lestari Online Pengeluaran Duit KWSP RM500 Sebulan (Akaun 2) 

Berikut adalah pengumuman terkini oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran Akaun 2 akibat COVID-19

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM40 billion

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada:

  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021

Mereka yang layak membuat pengeluaran i-Lestari adalah :-

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Permohonan boleh dilakukan mulai 1 April 2020 secara online dan pos

Secara pos/ pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya  dengan catatan (UP : iLestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Permohonan juga boleh dilakukan secara online pada 1 April 2020 secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) dan i-Lestari online

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli

Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020 dan ahli akan menerima bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli. Ahli juga tidak perlu hadir ke kaunter pejabat KWSP bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ)

Berikut adalah kaedah atau cara membuat pengeluaran Akaun 2.  Terdapat tiga saluran boleh digunakan untuk mengisi Borang permohonan i-Lestari :

1) Secara Online (Melalui e-Pengeluaran)

Bermula 1 April, pendaftaran secara online (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-Akaun)

1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
2. Pilih Tab Pengeluaran
3. Klik e-Pengeluaran
4. Klik Permohonan Baru
5. Pilih pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi

2) Secara Online (Melalui i-Lestari Online)

Merupakan kaedah terkini atas talian yang diperkenalkan dan 4 Menu utama yang terdapat dalam i-Lesatri online adalah :-

a. Permohonan Baharu
b. Semak Permohonan
c. Panduan Pengguna (Infografik)
d. Soalan Lazim (FAQ)

Untuk membuat permohonan semakan status dan kemas kini pengeluaran, sila klik pautan berikut :-

Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat

3) Secara Pos

Bermula 1 April,  Ahli perlu menghantar permohonan pengeluaran secara pos beserta dokumen sokongan seperti di bawah untuk dihantar melalui pos/ pos berdaftar/ kurier

a. Borang permohonan lengkap beserta cap ibu jari
b. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
c. Salinan Pasport (Ahli yang bukan warganegara Malaysia)
d. Salinan buku bank/penyata bank akaun (simpanan/semasa) Ahli Aktif

Nota: Borang permohonan dan dokumen sokongan seperti di atas hendaklah dihantar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya dengan catatan (UP : iLestari).pada bahagian hadapan sampul surat

 

Pengurangan Kadar Caruman KWSP Kepada 7% Akibat Covid-19  

  • Terdahulu Perdana Menteri telah mengumumkan pengurangan kadar caruman EPF daripada 11% kepada 7% akibat COVID-19
  • Pengurangan sebanyak 4% yang berkuatkuasa bermula April 2020 secara automatik membolehkan para pekerja mempunyai wang lebih dalam poket masing-masing bagi membeli barang-barang keperluan harian

 

Sekiranya perkara jenis-jenis pengeluaran wang yang dinyatakan seperti di atas membabitkan pencarum, pencarum boleh / layak membuat permohonan bagi jenis pengeluaran tersebut

Maklumat rasmi dan lengkap dan prosedur serta kelayakan permohonan setiap jenis pengeluaran boleh rujuk kepada judul pautan di bawah

Setelah anda melayari judul pautan yang disertakan di atas, sila klik kepada setiap maklumat Jenis-Jenis Pengeluaran Duit KWSP dalam laman sesawang rasmi untuk mendapatkan keterangan lanjut dan maklumat lengkap

Simpanan anda boleh dikeluarkan sebelum dan selepas mencapai umur persaraan. Pengeluaran ini adalah untuk membantu anda membuat persediaan sebelum dan semasa persaraan

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebarang permohonan dan semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan