Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online Status Kawalan

02:34 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 04:06 PM

Semakan Senarai Hitam Imigresen

Pastikan anda tidak disenarai hitam (black list) oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan dengan membuat semakan status dokumen perjalanan (pasport) dan perjalanan ke luar negara melalui sistem online (atas talian) yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Jangan ambil mudah akan hal ini kerana anda mungkin di senarai hitamkan oleh Agensi Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), PDRM, SPRM, Bank Negara, KWSP, PTPTN, Jabatan Penjara, perintah mahkamah ataupun diisytihar sebagai bankrap yang menghalang anda dari melakukan perjalanan ke luar negara atau ingin membuat atau memperbaharui pasport antarabangsa

JIM telah menyediakan satu laman semakan atas talian untuk kemudahan Warganegara Malaysia dalam membuat semakan semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara

Pihak PTPTN juga ada menyediakan sistem semakan buat para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk  menyemak status samada disenarai hitam atau tidak

SEMAKAN STATUS SENARAI HITAM IMIGRESEN DAN PTPTN SECARA ONLINE

Berikut adalah ringkasan cara-cara untuk membuat semakan senarai hitam Imigresen dan PTPTN secara online :-

SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN

STATUS PERJALANAN IMIGRESEN

Semakan OnlineSemakan Online Imigresen
Sila masukkan No Kad Pengenalan 12 Digit
Tekan Butang Semak
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan)
Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri
Semakan OnlineSemakan Online PTPTN
Masukkan No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-mel
Tekan Butang Hantar
Sila pastikan maklumat adalah terkini bagi memudahkan penyampaian maklumat pinjaman dibuat
MYNotaSoalan Lazim Semakan Senarai Hitam PTPTN (FAQ)
senarai hitam imigresen ptptn
PUNCA DISENARAI HITAM
Diantara punca-punca individu disenarai hitam yang menyebabkan di halang ke luar negara adalah seperti berikut :-
Nombor 1Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM
Nombor 2Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
Nombor 3Gagal membayar levi pekerja asing
Nombor 4Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Nombor 5Seseorang yang diisytiharkan bankrap
Nombor 6Peniaga yang tidak membayar GST
Nombor 7Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
Nombor 8Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti
AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAM
Berikut adalah agensi penguatkuasaan dan Jabatan Kerajaan yang menyenaraikan nama untuk tindakan selanjutnya oleh Jabatan Imigresen 
Nombor 1Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Nombor 2Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Nombor 3Jabatan Insolvensi Malaysia
Nombor 4Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Nombor 5Bank Negara Malaysia (BNM)
Nombor 6Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Nombor 7Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Nombor 8Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN)
Nombor 9Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
10 NomborPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
11 Nombor 1Mahkamah 
Nombor 12Jabatan Penjara
Nombor 1Nombor 3Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkKadar Harga Buat Pasport Antarabangsa Malaysia
Sila Klik LinkBayaran Denda Hilang IC/ MyKad