Panduan terkini cara solat sunat Hari Raya Haji Aidiladha 2016

17:23 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 05:27 AM

Solat Hari Raya Haji Korban

12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Hijrah merupakan hari umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha (Haji / Qurban)

Bermula pagi pada hari tersebut kebanyakan umat Islam akan keluar menunaikan solat Aidiladha dengan berpakaian cantik dan berwarna-warni

Kita harus bersyukur berada di negara aman dan damai seperti Malaysia yang meraikan perayaan tanpa sebarang halangan ataupun kesusahan

Bagaimanapun berbeza keadaannya bagi umat Islam di sesetengah negara yang terpaksa meraikannya dalam serba kekurangan akibat masalah kebuluran, kemiskinan, krisis politik dan peperangan

PANDUAN TERKINI CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI AIDILADHA / KORBAN

Solat hari raya Iduladha dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai

Khutbah Iduladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua

Berikut MYsumber sertakan panduan terkini dan cara menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji/Korban atau Aidiladha

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Bahasa rumi: Usalli sunnatan Eidil Adha rak’ataini makmuman lillahi ta’ala

Niat Sembahyang Raya Haji Korban

Bacaan Tasbih

Bacaan Tasbih

Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
4. Membaca surah al- Fatihah
5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam
Muat Turun (Download) Panduan Solat Sunat Aidiladha
Untuk memuat turun, klik pada judul pautan berikut
PDF FormatTunjuk LinkLampiran Teks Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

VIDEO LENGKAP TATACARA / PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILADHA

Butang FacebookButang TwitterButang Google