Tarikh rasmi buka sekolah 2019 seluruh negeri selepas cuti akhir tahun

00:45 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 23 Disember 2018 jam 01:49 AM

Terkini Tarikh Buka Naik Sekolah

Pelajar atau murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang telah menikmati “cuti panjang” akhir tahun yang lalu akan bermula kembali sesi persekolahan mereka pada 1 dan 2 Januari 2019 mengikut sekolah di negeri kumpulan A dan kumpulan B

Ketetapan tarikh bermula penggal persekolahan baharu sesi tahun 2019 bagi pelajar / murid sekolah rendah dan menengah selepas cuti akhir tahun 2018 di seluruh negeri Malaysia adalah seperti maklumat yang disertakan di bawah

TARIKH RASMI SESI PERSEKOLAHAN 2019 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA DIBUKA SELEPAS CUTI AKHIR TAHUN 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu surat pekeliling / siaran memaklumkan bahawa sekolah kumpulan A yang terdiri daripada negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan bermula sesi penggal persekolahan baharu pada 1 Januari 2019 (Hari Selasa)

Manakala sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan bermula sesi penggal persekolahan baharu pada 2 Januari 2019 (Hari Rabu)

Naik SekolahTARIKH RASMI BUKA SEKOLAH 2019

KUMPULAN A

Negeri Kedah LogoNegeri Johor LogoNegeri Kelantan LogoNegeri Terengganu Logo
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Tarikh Mula Sesi Persekolahan 2019
1 Januari 2019
Tarikh Akhir Sesi Persekolahan 2019
21 November 2019
Naik SekolahTARIKH RASMI BUKA SEKOLAH 2019

KUMPULAN B

Negeri Perlis LogoNegeri Penang LogoNegeri Perak LogoNegeri Selangor LogoNegeri Sembilan LogoNegeri Melaka LogoNegeri Pahang LogoNegeri Sabah LogoNegeri Sarawak LogoWP Kuala Lumpur LogoWP Labuan LogoWP Putrajaya Logo
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
Tarikh Mula Sesi Persekolahan 2019
2 Januari 2019
Tarikh Akhir Sesi Persekolahan 2019
22 November 2019
SUMBER RUJUKAN RASMI
PDF LampiranSila Klik LinkTakwim Penggal Persekolahan 2019 – Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia