Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 KPM Online (idme.moe.gov.my)

Sekolah

Sekolah

Permohonan pendaftaran secara dalam talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan) ambilan 2025 / 2026 akan dibuka mulai tarikh 2 Mei 2024.

Permohonan Pendaftaran murid ke Tahun 1 2025 / 2026 boleh dibuat menerusi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian atau online.

Ibu dan bapa hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan dilampirkan dengan lengkap supaya permohonan diterima.

Di bawah juga akan dikongsikan tarikh-tarikh berkaitan surat penempatan, rayuan dibuka dan ditutup, pengesahan penempatan dan keputusan rayuan.

Pendaftaran Tahun 1 Online Seluruh Negeri Malaysia Ambilan 2025 / 2026

Permohonan kemasukan murid tahun 1 (Darjah 1) bagi ambilan 2025 / 2026 secara online melalui sistem Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk bagi Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan (bermula tahun 2023).

Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

  • Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan murid ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual
  • Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem (MOEIS) perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) menggunakan ID pengenalan penjaga untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak / jagaan mereka ke tahun 1

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan dengan cara daftar darjah 1 tahun 2025/ 2026 iaitu cara untuk membuat permohonan pendaftaran secara dalam talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu (1) Sekolah Rendah Kerajaan bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan sesi 2025-2026

Info Tahun Kelahiran/ Sesi Persekolahan

  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019

Tarikh Permohonan

  • Dibuka : 2 Mei 2024
  • Ditutup : 30 Jun 2024

Mekanisme Permohonan Pendaftaran

Berikut adalah pautan permohonan daftar Tahun 1 Online Ambilan 2025/ 2026

Panduan:

Ibu bapa atau penjaga (pengguna pertama kali Sistem MOEIS) perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak / jagaan mereka ke tahun 1

MYsumber difahamkan, permohonan ini hanya merupakan satu permohonan penempatan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. JPN / PPD / PPB tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan penempatan

Cara Permohonan eDaftar Tahun 1 

1. Layari portal rasmi idMe di pautan berikut:

2. Klik Daftar Baru

3. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dan klik Daftar

4. Setelah berjaya daftar, log masuk ke sistem idMe.

5. Masukkan kata kunci yang telah dihantar ke email, taip kata laluan dan klik daftar masuk

6. Klik tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam

7. Klik Pengurusan Profil, dan isikan semua maklumat iaiti maklumat peribadi, maklumat pasangan, maklumat anak jagaan.

8. Setelah selesai mengisi, klik butang Simpan

9. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, klik pada setiap nama anak untuk mengemaskini maklumat anak secara terperinci dan klik Simpan

10. Klik Permohonan Kemasukan dan Klik pada tulisan biru

Sekolah

11. Paparan syarat kemasukan akan dipaparkan, lalu klik Mohon

12. Klik ok jika memenuhi syarat.

12. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya

Sekolah

13. Muat naik dokumen yang diminta mengikut format dan saiz yang ditetapkan dan klik Seterusnya

14. Tandakan kotak ‘Saya mengaku..’ dan klik Hantar

Sekolah

15. Borang permohonan serta borang sokongan perlu dicetak dan dihantar bersekali dengan borang permohonan

Panduan penuh klik di pautan berikut:

Soalan Lazim Pendaftaran Tahun 1 iDMe

1. Adakah pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 boleh dibuat di pautan https://public.moe.gov.my ?

  • Tidak, mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 perlu dibuat di Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my.

2. Adakah pendaftaran kanak-kanak ke Tahun 1 Sesi 2024/2025 yang dibuat di https://public.moe.gov.my telah hilang dan perlu mengisi semula di https://idme.moe.gov.my.?

  • Tidak, maklumat yang telah didaftarkan di https://public.moe.gov.my akan dipindahkan terus ke dalam sistem https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu mengemas kini maklumat anak di pautan baharu mulai 2 Mei hingga 30 Jun 2023 dan klik butang kemas kini.

3. Selepas mengemaskini maklumat, adakah borang perakuan sekolah perlu dihantar semula ke sekolah yang dimohon jika sudah berbuat demikian sebelum penukaran sistem permohonan ini?

  • Tidak perlu lagi jika ibu bapa atau penjaga telah menghantar borang perakuan sekolah di sekolah yang dimohon sebelum ini

4. Jika pemohon mengemas kini maklumat dan memilih sekolah baharu, adakah borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu?

  • Ya, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu

5. Status permohonan penempatan Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 boleh disemak di mana?

  • Keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2024. Makluman keputusan akan dipaparkan di laman utama idme

6. Jika terdapat pertanyaan berkaitan permohonan tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/ 2026, adakah meja bantuan disediakan?

  • Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2025/ 2026, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk berhubung dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran

Aduan Masalah Penggunaan Sistem Pengurusan iDentiti (idMe)

Sebarang pertanyaan masalah teknikal boleh dirujuk:

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
    Blok E8, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya, Malaysia.
  • E-mel : supportidMe@moe.gov.my

Pertanyaan Lanjut Permohonan Ke Tahun 1

Sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing:

Pertanyaan mengenai Sistem SPATKPM

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Tindakan Ibu Bapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) idMe serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka

Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon)

  1. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)
  4. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  7. Cetakan borang permohonan online

Sila rujuk dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau dalam senarai semak permohonan online bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan dokumen yang diperlukan. Dokumen disenaraikan oleh MYsumber seperti diatas adalah umum

Status Pendaftaran Murid Tahun 1

Status samada berjaya atau tidak dijangka boleh dibuat bermula tarikh Oktober 2024 (tarikh yang tepat akan dikemaskini) melalui sistem aplikasi yang sama. Bagi yang berjaya perlu mencetak Surat Penempatan dan hantar ke sekolah berkenaan (bawa sijil lahir asal kanak-kanak)

Bagi permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan Rayuan Penempatan Semula melalui sistem aplikasi yang sama bermula — 2023 (tarikh yang tepat akan dikemaskini). Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan status penempatan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan

Check rayuan dijangka boleh di buat bermula Oktober 2024 (tarikh yang tepat akan dikemaskini)

Tarikh check status adalah tertakluk kepada sebarang pindaan semasa. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini kemudian. Harap maklum

Bil Aktiviti Tarikh
1.Tarikh surat penempatan  Oktober 2024
2.Tarikh rayuan di buka dan di tutup
3.Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan
4.Tarikh keputusan rayuan

Related : murid tahun 1 ambilan 2022 dan 2023, untuk makluman, sesi persekolahan tahun 2023, untuk kemasukan, no mykad, sijil lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, status pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak kanak warganegara malaysia yang lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, kementerian pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini, maklumat lanjut, soalan lazim yang selalu ditanya, maklumat yang lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, laporan kesihatan doktor dan kad pengenalan ibu bapa penjaga salinan asal beserta 1 satu salinan kp ibu dan bapa, iii cetak borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi, tiada pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak kanak warganegara malaysia yang lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018 sahaja, tahun 1 ambilan 2024, warganegara malaysia kpm di pautan berikut, status pendaftaran tahun 1 sesi 2024 2025, laporan kesihatan doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan