Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Sekolah

Sekolah

Tajuk atau Tema Umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPM) telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) bagi membolehkan calon untuk membuat persediaan dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang akan hanya diketahui pada hari peperiksaan nanti

Sejarah Kertas 3 SPM adalah open book test di mana pelajar adalah dibenarkan untuk membawa apa jua sumber, buku teks, nota bertulis, risalah, majalah, akhbar dan sumber ilmiah ke dalam dewan/ bilik peperiksaan. Namun, pelajar adalah dilarang untuk membawa alat atau peranti elektronik

Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan dan kertas peperiksaan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan diadakan

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 1249/3 Tahun 2021 (SPM)

Berikut adalah tajuk atau tema umum soalan untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 (1249/3) bagi peperiksaan SPM yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Sekolah

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui oleh manusia. (Sumber: www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesn yang besar terhadap dunia.

Arahan Kepada Calon

  1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan
  2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan
  3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3
  4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan
  5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/ bilik peperiksaan
  6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam bilik/dewan peperiksaan
  7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain
  8. Calon dinasihatkan supaya memperluas bahan bacaan agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawapan yang mantap

Muat Turun/ Download Tema Umum

Sejarah Kertas 3 SPM : Open book test

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan