Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2021 / 2022 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) boleh di buat pada Januari 2021.
Calon-calon (pemohon) yang mahu membuat permohonan disarankan terlebih dahulu menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian calon sebelum ini
Pemohon juga digalakkan membuat kajian terhadap bidang yang ingin dipelajari agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang benar-benar diminati. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian menerusi sistem UPUOnline seperti yang dikongsikan di bawah
Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan di sistem borang UPU, setiap pemohon perlu (wajib) membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Senarai Sub-Topik
Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti Sesi Akademik 2021 / 2022
Bagi Pendaftaran UPUOnline, tiada pembelian NO. Unik ID diperlukan. Pemohon hanya perlu mendaftar dan login serta mengisi maklumat peribadi sahaja. Check program yang ditawarkan juga boleh dilihat ketika pendaftaran permohonan.
Kemaskini November 2020: Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, Permohonan untuk kemasukan sesi 2021/2022 akan dibuka mulai Januari 2021. Maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Kemaskini Januari 2021: Berdasarkan Kementerian Pengajian Tinggi, Permohonan untuk kemasukan sesi akademik 2021/2022 akan dibuka 4 Januari 2021 jam 12 tengah hari sehingga 31 Mac 2021 jam 5 petang
Tarikh Permohonan UPUONLINE Sesi 2021/2022
Berikut adalah tarikh permohonan bagi UPUonline sesi akademik 2021 / 2022
- Dibuka: 4 Januari 2021 (Jam 12 tengah hari)
- Ditutup: 31 Mac 2021 (Jam 5 petang)
Sistem Aplikasi Permohonan
Untuk membuat permohonan sila klik pada pautan berikut:
- Aplikasi : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
- Manual Pengguna : Lepasan SPM Setaraf
- Manual Pengguna : Lepasan STPM Setaraf
Pembelian No. Unik ID BSN UPUOnline
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli No. Unik ID BSN, perincian lanjut adalah seperti berikut:
- Tarikh: Februari 2021 hingga 30 Mac 2021
- Harga: RM15
- Kaedah Pembelian:
i. Kaunter BSN di seluruh negara
ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)
iv. Ejen Bank Berdaftar (EBB) (Tanpa akaun GIRO BSN)
v. Perkhidmatan SMS (dengan akaun GIRO BSN)
KATEGORI PEMBELIAN NO UNIK ID | |
Sila pastikan pemohon membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu: | |
Kategori Permohonan | Lulusan / Lepasan Pengajian Pemohon Terlibat |
Program Lepasan SPM (Setaraf) | SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti |
Program Lepasan STPM (Setaraf) | STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM |
Baca Juga : Kalendar Aktiviti Dan Tarikh Penting Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2020/2021
Cara Mohon UPUONLINE 2021/2021
Setelah mendapatkan no unik ID di BSN mengikut kategori masing-masing, pemohon boleh mula membuat permohonan secara online mengikut tarikh yang dinyatakan.
Sistem aplikasi permohonan online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh yang ditetapkan dimana pemohon pertama kali (baharu) perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUOnline boleh dibuat tanpa No. Unik ID
Berikut adalah langkah untuk memohon UPUonline:
- Pemohon membeli Unik ID UPUOnline. Pastikan pilih kategori yang betul
- Sila layari portal rasmi UPU
- Pastikan kategori pemohon diisi dengan betul
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline
- Kira merit melalui aplikasi di portal UPU
- Semak tren permohonan serta penawaran
- Semak juga laluan kerjaya
- Isikan permohonan UPUOnline
- Sila pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
- Permohon hendaklah membuat pilihan program mengikut keutamaan
- Sila lengkapkan borang permohonan
- Tekan butang “SIMPAN”
- Sila cetak slip permohonan
- Sila simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had iaitu dibolehkan
Pemilihan Program Pengajian
Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon boleh membuat pilihan program pengajian berdasarkan kategori mengikut tarikh berikut:
1. Lepasan SPM
Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 (sekiranya ada)
- Dibuka : 21 Mac 2021 (Jam 12 tengah hari)
- Ditutup : 31 Mac 2021 (Jam 5 petang)
2. Lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Asasi
Berdasarkan keputusan:
i. STPM 2020: Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2
ii. Matrikulasi / Asasi: Keputusan Peperiksaan hingga semester 1
iii. STAM 2020: Keputusan peperiksaan percubaan (sekiranya ada)
- Dibuka : 16 Mac 2021 (Jam 12 tengah hari)
- Ditutup : 31 Mac 2021 (Jam 5 petang)
3. Lepasan Diploma / Setaraf
Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini
- Dibuka : Sebaik sahaja membeli nombor unik ID di BSN
Maklumat Penting Permohonan
Pendaftaran Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2021/2022 hanya terbuka kepada:
- Calon yang mengambil peperiksaan SPM Tahun 2020, 2019 dan 2018
- Calon yang mengambil peperiksaan STPM tahun 2020 sahaja
- Calon Asasi / Matrikulasi / PASUM
- Calon yang mengambil peperiksaan STAM Tahun 2020 dan 2019
Pemohon Lepasan SPM (Setaraf) : PROGRAM PENGAJIAN ASASI / DIPLOMA / SIJIL
Semua pemohon yang berkelayakan SPM tahun 2020, 2019 dan 2018 berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan kelayakan serta minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi / Diploma / Sijil sesi akademik 2021 / 2022
Pemohon Lepasan STPM (Setaraf) : PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA
Semua pemohon yang berkelayakan STPM 2020, STAM 2020 dan 2019, Matrikulasi / Asasi / Pasum dan Diploma/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2021 / 2022
Setelah mengenalpasti kategori masing-masing, pemohon boleh check syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum membuat permohonan. Pautan semakan syarat khas adalah seperti berikut:
- e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik / Kolej Komuniti / ILKA
- iMASCU Check Syarat Info
- Selangkah UiTM Check Syarat Kelayakan Kemasukan ke UiTM
Maklumat Lanjut
Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon disarankan untuk melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah:
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
NOTA: Menerusi Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, pemohon boleh mendapatkan jawapan tepat bagi setiap pertanyaan yang akan dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU. Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk terlebih dahulu dalam ruangan komen di FB rasmi UPU kerana setiap soalan yang sering ditanya oleh pemohon telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU
Permohonan UPUSkills
Untuk mereka yang ingin menyambung tahap bagi lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO) sila rujuk pautan berikut:
UPUonline Penjawat Awam
- Untuk Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP)
Related : permohonan rayuan untuk membeli laman web sijil pelajaran malaysia spm keputusan permohonan, pelajar lepasan, matrikulasi politeknik kolej komuniti