Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 Online

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Pemilihan/ Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 Siri 200 Lelaki. Setiap tahun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada tiga cabang iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan merekrut perajurit muda. Orang ramai yang berusia 18 hingga 25 tahun berpeluang untuk menjadi anggota barisan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan.

Untuk makluman, perajurit muda adalah gelaran kepada pelatih/ rekrut muda dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ia bukan pangkat sebenar dalam perkhidmatan ATM dan taraf perajurit muda adalah di bawah Prebet, Laskar Muda dan Laskar Udara.

Selain itu, skim gaji askar Angkatan Tentera Malaysia mengguna pakai kelayakan akademik masing-masing. Contohnya, anggota yang mempunyai kelulusan Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima gaji yang lebih tinggi berbanding anggota yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kepada yang berminat untuk menyertai Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohonan secara atas talian. Jasa dan pengorbanan untuk menjadi seorang anggota tentera adalah besar dan akan dihormati oleh masyarakat.

Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 Siri 200 (Lelaki)

Di bawah adalah perkongsian berkaitan Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 serta maklumat seperti tarikh permohonan, syarat-syarat dan cara untuk memohon sebagai panduan untuk semua.

Tarikh Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2024

Berikut adalah tarikh yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi pemilihan awal Perajurit Muda Tentera Darat ambilan tahun 2024:

  • Mula : 22 November 2023
  • Tamat : 20 Disember 2023

Syarat – Syarat Pemilihan

Untuk menapis individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang tentera darat, di bawah adalah syarat-syarat yang wajib dipenuhi oleh pemohon:

Syarat Am

  1. Adalah warganegara Malaysia. Maklumat akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
  3. Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  4. Mempunyai tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
    Fizikal.
  5. Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  6. Pemohon tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK.

Syarat Fizikal

  1. Tinggi:
    • Ukuran tinggi minima bagi lelaki : 1.62 m
    • Ukuran tinggi minima bagi wanita : 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat badan minima lelaki : 47.5 kg
    • Berat badan minima wanita : 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.0

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Mohon Pemilihan Perajurit Muda

Permohonan awal lelaki Perajurit Muda Tentera Darat akan dilakukan secara “online”.

Permohonan-Awal-Perajurit-Muda-Tentera-Darat-Malaysia-2024

Permohonan Awal Perajurit Muda Secara Atas Talian, adalah digalakkan untuk menggunakan browser chrome atau firefox. Sekiranya terdapat paparan menunjukkan ‘Your connection is not private’  klik sahaja teruskan sehingga berjaya masuk ke laman permohonan.

  1. Pemohon boleh mendaftar dahulu sebagai pengguna kali pertama
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan emel yang aktif dengan tepat
  3. Buat pengesahan melalui emel yang diterima
  4. Log masuk ke bahagian pemohon
  5. Masukkan maklumat peribadi pemohon seperti pencapaian SPM/ SVM/ Sijil/ Diploma dan sukan yang diceburi
  6. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran

NOTA : Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg. Sila pastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas. Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.

Sistem Permohonan Perajurit Muda

Aplikasi permohonan tersebut boleh dibuka melalui pautan di bawah:

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan di dalam sistem. Bagi pemohon yang gagal, akan dimaklumkan melalui emel.

Sebelum ini, permohonan dilakukan secara “walk in” dan pemohon perlu hadir ke lokasi yang dikongsikan di bawah serta membawa senarai dokumen seperti berikut:

  1. Kad pengenalan – Asal dan 2 salinan fotostat
  2. Sijil akademik seperti berikut: – Asal dan 2 salinan fotostat
    • Sijil SPM
    • Sijil SPVM (jika tiada SPM)
    • SKM tahap 2 ke atas sahaja
    • Diploma pointer 2.0 ke atas sahaja
  3. Sijil Lahir – Asal dan 2 salinan fotostat
  4. Sijil Berhenti Sekolah – Asal dan 2 salinan fotostat
  5. Sijil kematian ibu dan bapa yang telah meninggal dunia – 2 salinan fotostat
  6. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa – 2 salinan fotostat
  7. Surat nikah atau sijil nikah bagi calon yang telah berkahwin – Asal dan 2 salinan fotostat
  8. Kad pengenalan isteri bagi yang telah berkahwin –  2 salinan fotostat
  9. Salinan Buku Akaun Bank Isteri bagi yang telah berkahwin – 2 salinan fotostat
  10. Sijil daftar kelahiran anak atau Mykid jika mempunyai anak – 2 salinan fotostat
  11. Sijil atau kad vaksin/ Msejahtera lengkap dos 1, dos 2 dan booster dos 1 dan 2 – 2 salinan fotostat
  12. Filem X-Ray dan laporan X-Ray disertakan cop radiologi dari Pakar X-ray Doktor
  13. Gambar berukuran passport berlatar belakang warna biru – 1 keping

Lokasi pemilihan adalah seperti berikut:

1) ZON UTARA – MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.
2) ZON TIMUR – MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan Kota Bharu Kelantan.
3) ZON TENGAH – MK 12 Bgd, Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur.
4) ZON SELATAN – BN 2 UBAT, Kem Mahkota Kluang, Johor.

Pemohon diingatkan untuk hadir dengan penampilan yang baik, rambut digunting kemas, misai dan janggut dicukur, memakai kasut warna bebas dan stokin putih, seluar track suit warna hitam dan baju t-shirt putih berkolar lengan pendek.

iklan-pemilihan-perajurit-muda-2023-khas-lelaki

Jika pemohon menghadapi masalah berkaitan Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2024, sila hubungi :

  • Sel Pengambilan Perajurit Muda, Tentera Darat Malaysia
    No. Tel: 03-40140470
    Hari : Isnin – Jumaat
    Masa : 9.00pg – 4.00ptg

Related : taraf kesihatan sihat tidak cacat anggota badan tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang tidak menghidap penyakit lelah tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan, perajurit muda td, pemilihan awal perajurit muda tentera darat, maklumat lanjut, dokumen yang diperlukan, https jmt.mod.gov.my, kelebihan mempunyai sijil kemahiran dalam pelbagai bidang sains teknologi,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan