ACL JDT 2023 jadual keputusan terkini dan kedudukan carta

Bola sepak

Bola sepak

Tahun 2023 merupakan tahun kelima buat pasukan terkemuka negara iaitu Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC atau Asian Champions League (ACL). Debut sulung pada tahun 2019 menunjukkan JDT mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi kejohanan bolasepak di rantau Asia. Pemain seperti Safawi Rasid, Aidil Zafuan dan Farizal Marlias memberikan prestasi terbaik mereka sepanjang saingan peringkat kumpulan dan gol cantik daripada Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng telah berjaya dicalonkan antara gol terbaik kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2019.

Sejak tahun 2019, Malaysia telah mendapat slot automatik untuk beraksi di Liga Juara-Juara Asia dengan JDT layak secara automatik ke peringkat kumpulan sebagai Juara Liga Super Malaysia 2022. Pasukan Terengganu dan Sabah pula akan beraksi di AFC Cup setelah mendapat tempat kedua dan ketiga di dalam saingan Liga Super 2022. Format pertandingan telah dikekalkan seperti edisi terdahulu di mana pembahagian dua zon iaitu Zon Asia Barat dan Zon Asia Timur sebelum bertembung di perlawanan Final yang bakal menyaksikan Juara Liga Juara-Juara AFC 2023 bakal  menjadi wakil benua Asia dalam Piala Kelab Dunia FIFA 2023.

Liga Juara-Juara AFC yang telah menjangkau ke edisi yang ke-21 bakal menyaksikan penyertaan kelab-kelab ternama di Asia seperti Ulsan Hyundai (Korea), Shandong Taishan (China), Al Hilal (Saudi), Melbourne City FC (Australia) dan BG Pathum Utd (Thailand). Ini merupakan edisi kedua yang melibatkan sejumlah 40 pasukan yang akan bertanding kerana bermula pada kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2023, penyertaan pasukan akan dibuka kepada 40 buah pasukan yang akan merebut kejohanan kelab utama di benua Asia ini.

JDT bakal memberikan saingan bagi melepasi peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara AFC 2023 dengan beraksi sebanyak 6 perlawanan dalam peringkat kumpulan di venue home dan away. Persediaan yang rapi dan pengukuhan skuad perlu dilakukan oleh JDT bagi memberikan saingan dalam kejohanan tertinggi peringkat Asia ini serta dapat menaikkan mutu permainan bola sepak di Malaysia

Jadual Keputusan Terkini Kedudukan Carta AFC Champions League (ACL) 2023 JDT

Berikut adalah info penting bagi aksi perlawanan JDT di dalam Piala ACL 2023 merangkumi tarikh-tarikh perlawanan serta kedudukan carta dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia:

Tarikh Penting Liga Juara Juara Asia (ACL) 2023

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting undian dan perlawanan yang diumumkan oleh AFC.

  • Undian Peringkat Kumpulan : 24 Ogos 2023
  • Perlawanan Peringkat Kelayakan : 15 – 22 Ogos 2023
  • Perlawanan Pertama – Keenam : 18 September 2023 – 13 Disember 2023
  • Peringkat Kalah Mati : 12 Februari 2024 – 18 Mei 2024

Senarai Pasukan AFC Champions League 2023

Berikut dikongsikan senarai pasukan mengikut kumpulan yang telah diundi untuk kejohanan AFC Champions League 2023

Kumpulan A

  1. Pakhtakor
  2. Al Fayha FC
  3. Ahal FC
  4. Al Ain FC

Kumpulan B

  1. Al Sadd SC
  2. FC Nasaf
  3. Al Faisaly
  4. Sharjah FC

Kumpulan C

  1. Al Ittihad
  2. Sepahan SC
  3. Air Force Club
  4. AGMK FC

Kumpulan D

  1. Al Hilal SFC
  2. FC Nassaji
  3. Mumbai CIty
  4. Navbahor

Kumpulan E

  1. Persepolis FC
  2. Al Duhail FC
  3. FC Istiklol
  4. Al Nassr

Kumpulan F

  1. Jeonbuk Hyundai Motors FC
  2. Bangkok United
  3. Lion City Sailors FC
  4. Kitchee

Kumpulan G

  1. Yokohama F. Marinos
  2. Shandong Taishan FC
  3. Kaya FC-ILOILO
  4. Incheon United FC

Kumpulan H

  1. Buriram United
  2. Ventforet Kofu
  3. Melbourne City FC
  4. Zheijang FC

Kumpulan I

  1. Ulsan Hyundai
  2. Kawasaki Frontale
  3. Johor Darul Takzim
  4. BG Pathum

Kumpulan J

  1. Wuhan Three Towns FC
  2. Pohang Steelers
  3. Hanoi FC
  4. Urawa Red Diamonds

Senarai Pemain Johor Darul Takzim FC

Untuk menghadapi jadual perlawanan yang padat, JDT telah membawa skuad yang mampu memberikan keseimbangan kepada setiap perlawanan. Senarai pemain yang dibawa pada edisi 2023 adalah seperti berikut:

Penjaga Gol

  1. Farizal Marlias
  2. Haziq Nadzli
  3. Syihan Hazmi

Pertahanan

  1. Matthew Davies
  2. Adam Nor Azlin
  3. Jordi Amat
  4. Aidil Zafuan
  5. Kunanlan
  6. Shane Lowry
  7. Feroz
  8. Oscar Arribas
  9. Corbin Ong
  10. Shahrul Saad
  11. Syahmi Safari

Tengah

  1. Afiq Fazail
  2. Hong Wan
  3. Syamer
  4. Safiq Rahim
  5. Leandro
  6. Danial Amier
  7. Nazmi Faiz
  8. Natxo Insa
  9. Endrick Dos Santos
  10. Juan Muniz
  11. Takahiro Kunimoto

Penyerang

  1. Bergson
  2. Diogo Luis Santo
  3. Sumareh
  4. Ramadhan
  5. Hazwan Bakri
  6. Akhyar
  7. Syafiq Ahmad
  8. Safawi Rasid
  9. Arif Aiman
  10. Heberty Fernandes
  11. Fernando Forestieri
  12. Daryl Sham

Jadual Perlawanan, Keputusan & Kedudukan Kumpulan I

Berikut adalah jadual perlawanan kumpulan I bagi saingan ACL 2023:

JADUAL KEPUTUSAN KUMPULAN ACL 2023 JDT
TarikhMasaTuan RumahKeputusanPelawat
PUSINGAN 1
19 September 20236PMUlsan Hyundai3 – 1BG Pathum
19 September 20238PMJohor Darul Takzim0 – 1Kawasaki Frontale
3 Oktober 20238PMBG Pathum2 – 4Johor Darul Takzim
3 Oktober 20236PMKawasaki Frontale1 – 0Ulsan Hyundai
24 Oktober 20236PMUlsan Hyundai3 – 1Johor Darul Takzim
24 Oktober 20238PMBG Pathum2 – 4Kawasaki Frontale
PUSINGAN 2
7 November 20236PMKawasaki Frontale 4 – 2BG Pathum
7 November 20238PMJohor Darul Takzim2 – 1Ulsan Hyundai
28 November 20236PMKawasaki Frontale5 – 0Johor Darul Takzim
28 November 20236PMBG Pathum1 – 3Ulsan Hyundai
12 Disember 20236PMUlsan Hyundai2 – 2Kawasaki Frontale
12 Disember 20236PMJohor Darul Takzim4 – 1BG Pathum
GROUP GBPMSKJGGBPGMt
Kawasaki Frontale6510176+1116
Ulsan Hyundai6312128+410
JDT63031113-29
BG Pathum6006922-130
KEDUDUKAN CARTA DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON ASIA TIMUR
Round of 16 1 | 2Suku Akhir 1 | 2
Jeonbuk Hyundai Motore
Pohang Steelers
Ulsan Hyundai
Ventforet Kofu
Shandong Taishan2
Kawasaki Frontale3
Bangkok United
Yokohama F. Marinos
KEDUDUKAN CARTA DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN ZON ASIA BARAT
Round of 16 1 | 2Suku Akhir 1 | 2
Nasaf
Al Ain
Al Fayha
Al Nassr
Sepahan
Al Hilal
Navbahor
Al Ittihad

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR (SEMI FINAL) ACL 2023

 – 
 SF ASIA TIMUR 1
 –
SF ASIA TIMUR 2
 –  –
 SF ASIA BARAT 1
 –
 SF ASIA BARAT 2

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR (FINAL) ACL 2023

0 – 0 –
 FINAL LEG 1
0 – 0 –
FINAL LEG 2
JUARA AFC CHAMPIONS LEAGUE 2023
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan