Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020 (Bank Negara Malaysia)

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Rakyat Malaysia sekali lagi diberikan khabar gembira apabila kerajaan bakal memberikan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama. Bantuan ini dikenali sebagai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah. Dana ini akan membantu pembeli rumah yang layak untuk mendapatkan pembiayaan sama ada secara konvensional atau Islamik pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian

Pengumuman yang dibuat melalui Belanjawan 2019 atau Bajet 2019 ini memperuntukkan dana keseluruhan berjumlah RM 1 billion. Dana ini tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga habis digunakan kesuluruhan jumlahnya. Antara institusi kewangan yang mengambil bahagian adalah Ambank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank

Kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat dengan memberikan pelbagai skim dan bantuan untuk mengurangkan beban rakyat. Bagi memastikan bekalan rumah mampu milik mencukupi, Belanjawan 2019 turut memperuntukkan RM 1.5 bilion untuk membina dan menyiapkan rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad

Keprihatinan kerajaan bukan sahaja terhadap pembinaan rumah mampu milik tetapi juga kepada cara pemilikan iaitu pembiayaan untuk membeli rumah bagi rakyat yang kurang berkemampuan. Sehubungan itu kerajaan memperkenalkan modul pendidikan kewangan yang padat dan mudah difahami bagi membantu pemohon atau pembeli rumah pertama ini. Modul yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini boleh membantu para pembeli rumah untuk menilai kemampuan atau kedudukan kewangan mereka bagi memiliki rumah

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) 2020

Berikut dinyatakan syarat kelayakan bagi memohon dana rumah mampu milik BNM beserta ciri utama pembiayaan dana Rumah Mampu Milik BNM bagi kemudahan mereka yang berminat untuk memohon

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM

  1. Individu yang memohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berpendapatan maksimum sebanyak RM2,300 sebulan bagi seisi rumah (dinaikkan kepada RM4,360 mulai 1 September 2019)
  3. Kadar pembiayaan maksimum adalah 3.5% setahun
  4. Pemohon mestilah pekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri
  5. Pemohon terdiri daripada peminjam tunggal atau peminjam bersama (kedua-dua mestilah warganegara Malaysia, status penduduk tetap tidak layak)
  6. Pemohon tidak mempunyai sebarang rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu

Ciri Utama Dana Rumah Mampu Milik BNM

Harga Harta Tanah

Harga harta tanah adalah terhad sehingga RM150,000 sahaja (dinaikkan kepada RM300,000 mulai 1 September 2019)

Jenis Harta Tanah

Terhad kepada harta tanah rumah kediaman di pasaran utama sahaja (Rumah baharu yang dijual daripada pemaju termasuklah rumah yang sedang dalam pembinaan)

Margin Pembiayaan 

Margin pembiayaan dibenarkan meliputi pembayaran bagi wang pendahuluan serta jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana lebih rendah)

Moratorium penjualan harta tanah

5 Tahun

Tarikh Pemberian Dana Rumah Mampu Milik BNM

  • Mula : 2 Januari 2019
  • Tamat : Sehingga habis jumlah keseluruhan dana

Dana ini akan tersedia selama dua tahun bermula 2 Januari 2019 atau sehingga habis keseluruhan jumlah RM1 Bilion digunakan

Cara Membuat Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM

1. Pemohon wajib melengkapkan modul pendidikan kewangan mandatori secara online yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

*Modul ini akan membantu bakal peminjam untuk lebih memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah

2. Setelah selesai, pemohon perlu hubungi atau hadir ke salah satu daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam dana ini seperti di bawah untuk proses lanjut

  • AmBank (M) Berhad (AmBank)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank Berhad (CIMB)
  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • RHB Bank Berhad (RHB)

Insentif Lain Bagi Pemilikan Rumah Pertama Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana Bajet 2019

Selain daripada bantuan pembiayaaan dana rumah mampu milik BNM ini, keraajaan melalui Belanjawan 2019 turut mengumumkan bantuan terhadap golongan berpendapatan sederhana untuk membeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 iaitu:

  • Pengecualian duti setem sehingga RM300, 000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun hingga Disember 2020
  • Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Cagamas Bhd untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan lebih tinggi seperti bayaran deposit hanya untuk pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000

*Penjimatan sebanyak 7 % hingga 11 % dijangka bakal dinikmati oleh pembeli rumah pertama dengan adanya bantuan seperti ini selain daripada sebarang potongan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat pemaju

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Pemohon yang berminat boleh merujuk soalan lazim yang disediakan di bawah atau menghubungi pusat talian institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti tertera berikut:

  • BNMTELELINK : 1-300-88-5465
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) : 1-300 88 1900
  • Malayan Banking Berhad (Maybank) : 1-300 88 6688
  • AmBank (M) Berhad (AmBank) : 03-2178 8888
  • CIMB Bank Berhad (CIMB) : 03-6204 7788
  • RHB Bank Berhad (RHB) : 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia) 08-2276118 (Sabah dan Sarawak)
  • Soalan Lazim FAQ Dana Rumah Mampu Milik BNM
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan