Apa Itu B40 M40 Dan T20 Maksud Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Informasi

Informasi

Setiap kali pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara dijalankan pasti menyaksikan pelbagai inisiatif atau bantuan diumumkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia. Bantuan sebegini lazimnya dikhususkan buat golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Pada tahun 2017, Jabatan tersebut telah mengeluarkan laporan terhadap Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA)

Melalui laporan tersebut, kerajaan dapat mengenalpasti dengan lebih tepat julat pendapatan yang diperoleh bagi setiap rakyat Malaysia yang telah bekerja. Melalui laporan ini kerajaan dapat merangka dan merancang jenis bantuan dan subsidi yang perlu disalurkan kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang memerlukan. Pendapatan ini dilihat secara seisi rumah dan bukan secara pendapatan gaji individu

Setiap tahun telah menunjukkan peningkatan terhadap pendapatan yang diterima oleh ketiga-tiga golongan. Ini telah menunjukkan indikator kepada berlakunya perkembangan ekonomi. Walau bagaimanapun, sekiranya gaji pendapatan isi rumah meningkat tetapi kos sara hidup turut meningkat ianya akan memberikan tekanan terhadap golongan yang tidak berkemampuan atau berpendapatan rendah. Justeru adalah amat penting bagi pihak kerajaan untuk menyusun strategi yang berkesan dalam pentadbiran bagi memastikan kebajikan masyarakat terjaga

Maksud Golongan B40, M40 Dan T20 Isi Rumah Mengikut Jumlah Pendapatan

Berikut MYsumber kongsikan makna sebenar serta ciri-ciri yang dimaksudkan dengan istilah atau takrifan B40, M40 dan T20 bagi rujukan rakyat Malaysia

Pengelasan Baharu Isi Rumah 

Berdasarkan Jabtan Perangkaan Malaysia (2020) pengelasan baharu isi rumah adalah:

KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
B40B1RM1,929RM1,849Kurang daripada RM2,500
B2RM2,786RM2,803RM2,501 – RM3,170
B3RM3,556RM3,561RM3,171 – RM3,970
B4RM4,387RM4,395RM3,971 – RM4,850
M40M1RM5,336RM5,346RM4,851 – RM5,880
M2RM6,421RM6,477RM5,881 – RM7,100
M3RM7,828RM7,841RM7,101 – RM8,700
M4RM9,695RM9,730RM8,701 – RM10,970
T20T1RM12,586RM12,720RM10,971 – RM15,040
T2RM19,781RM24,293RM15,041 dan lebih

Tafsiran B40, M40 Dan T20

Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:

B40

  • Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah
  • Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850

M40

  • Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
  • Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

T20

  • Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
  • Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas

Kumpulan isi rumah miskin iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) di mana nilai PGK nasional sekarang adalah RM2,208 sebulan

Inisiatif Kerajaan Melalui Belanjawan 2023

Terdapat pelbagai program dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu membasmi ketidak seimbangan sosioekonomi dalam kalangan rakyat. Antara yang utama adalah:

  1. Bantuan kewangan dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada beberapa jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM5,000 ke bawah
  2. Kredit e-Wallet e-Pemula
    M40:
    8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100
    Belia:
    Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.
  3. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023
  4. Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600
  5. Bantuan Awal Persekolahan Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa
  6. Dan pelbagai lagi dari sektor pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan