Pasukan bola sepak Malaysia telah mengharungi lima perlawanan antarabangsa dalam persediaan untuk Piala Asia 2023. Malaysia telah berjaya meraih empat kemenangan dan satu seri sekaligus meletakkan Malaysia di kedudukan yang baik. Seterusnya pasukan kebangsaan akan menentang Pasukan Kebangsaan China yang berkedudukan ke-80 dalam rangking FIFA terkini
Bagi perlawanan persahabatan antarabangsa keenam dalam tahun 2023, live streaming perlawanan ini akan berlangsung pada 9 September 2023 (Sabtu) jam 7.35 malam, bertempat di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China
Pertemuan terakhir menentang Syria menunjukkan kemampuan pemain kita untuk bersaing walaupun seri 2-2 di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China. Berbeza dengan perlawanan ini, pasukan kebangsaan akan bermain dengan beberapa muka baharu yang mampu menjadi pemangkin kejayaan pasukan negara untuk mendapat kemenangan
Live Streaming Malaysia VS China Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2023
Percaturan strategi yang berbeza mungkin akan menjadi taruhan jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon kerana China pasukan yang mempunyai kelebihan teknikal maka pendekatan yang berbeza diperlukan berbanding melawan Syria. Dengan kehadiran Faisal Halim di bahagian serangan serta Dion Cools di bahagian pertahanan Harimau Malaya maka tidak mustahil untuk pasukan negara memberi tentangan yang baik kepada China
Sekiranya berjaya menamatkan saingan dengan kemenangan atau seri, Harimau Malaya dilihat mampu memberikan saingan yang hebat pada aksi Piala Asia 2023 pada Januari akan datang
Keputusan Terkini Malaysia VS China Perlawanan Antarabangsa 2023 9.9.2023
Perlawanan antarabangsa tier 1 persahabatan antara Malaysia dengan China bakal berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu China pada 9 September, Sabtu bermula jam 7.35 malam waktu tempatan
Berikut adalah keputusan semasa bagi perlawanan antara Malaysia dan China yang akan dikemaskini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh
China | 1 – 1 | Malaysia |
Lin Liangming 39′ | Fulltime | Faisal Halim 11′ |
Kesebelasan Pemain Malaysia VS China Perlawanan Antarabangsa 9.9.2023
Malaysia: Syihan (PG), Corbin, Dion, Dominic, Davies, Endrick, Brendan, Faisal Halim, Josue, Akhyar, Darren Lok
China: Yan (PG), Zhang, Browning, Gao, Deng, Yennaris, Wu, Li, Lei, Liangming, Elkeson
Live Streaming China Vs Malaysia (9.9.2023)
Aksi perlawanan antarabangsa tier 1 antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang China akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena saluran 801/ 802 HD dan TV9 seawal jam 7 malam bermula dengan siaran pra-rancangan dan sepak mula perlawanan bermula jam 7.35
Info Berkaitan