Semak Status IPU Terkini Indeks Pencemaran Udara Malaysia

00:15 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 19 September 2019 jam 01:05 PM

Indeks Pencemaran Udara

Baru-baru ini, Malaysia sedang menghadapi satu bencana pencemaran udara yang merbahaya untuk kesihatan iaitu jerebu. Ianya berlaku atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan antaranya seperti kebakaran hutan. Kini penduduk Malaysia boleh membuat semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui satu sistem yang akan dikongsikan dibawah. Hal ini agar semua dapat mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan tempat tinggal masing-masing sama ada baik ataupun buruk serta berbahaya untuk kesihatan

Pencemaran udara dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API). Indeks ini dapat membantu mengenalpasti tahap pencemaran udara berdasarkan ketinggian nilai bacaan IPU. Jika nilai sesuatu bacaan IPU itu tinggi, maka tahap pencemaran udara atau jerebu di sesuatu kawasan tersebut adalah teruk dan berbahaya. Di negara seperti Singapura pencemaran udara dinilai dengan indeks yang serupa melalui Pollutant Standards Index (PSI)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia telah menyediakan sistem semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi setiap kawasan di negara ini. Bacaan IPU (indeks jerebu) boleh disemak mengikut lokasi atau kawasan yang berdekatan secara (real time) menerusi peta interaktif yang disediakan. Pengguna boleh memilih kawasan yang dicari di dalam peta sekiranya ia tidak tersenarai. Perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan (berpandukan stesen pemantauan kualiti udara terdekat) boleh dilihat dengan mengklik pada bacaan IPU sesuatu kawasan tersebut

Setiap warna yang terdapat pada bacaan IPU yang ditunjukkan menandakan klasifikasi tahap pencemaran pada sesuatu kawasan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia, pengguna boleh padankan warna pada bacaan IPU dengan jadual implikasi kesihatan yang turut dikongsikan. Sekiranya keadaan IPU kawasan tersebut melebihi paras bahaya, maka penduduk di sekitar kawasan itu dianjurkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti kurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka

SEMAKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) TERKINI SECARA ONLINE

Untuk kemudahan semua, berikut dikongsikan peta interaktif untuk menyemak nilai IPU di kawasan secara online yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar

SEMAKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA ONLINE

SEMAKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA

Semakan OnlineSemakan IPU Online
KLASIFIKASI NILAI BACAAN IPU
IPUTahap Pencemaran UdaraKesan Terhadap KesihatanPeringatan
0 – 50SihatKualiti udara dianggap memuaskan dan pencemaran udara yang tidak memudaratkanTiada
51 – 100SederhanaKualiti udara boleh diterima. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah bahan pencemar mungkin boleh menjadi masalah kesihatan secara sederhana untuk sejumlah kecil orang yang sangat sensitif terhadap pencemaran udaraKanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengurangkan pendedahan atau aktiviti di luar rumah
101 – 200Tidak sihatSemua orang mungkin akan mengalami kesan terhadap kesihatan; individu-individu yang sensitif mungkin mengalami kesan terhadap kesihatan yang lebih seriusKanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengelak daripada melakukan aktiviti luar yang berpanjangan; semua orang, terutamanya kanak-kanak, harus membataskan aktiviti luar yang berpanjangan
201 – 300Sangat tidak sihatAmaran kesihatan tahap kecemasan. Seluruh penduduk lebih cenderung kepada kesan buruknya
Kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengelakkan semua aktiviti luar; semua orang, terutamanya kanak-kanak, harus membataskan aktiviti di luar
300+BerbahayaAmaran kesihatan: semua orang mungkin mengalami kesan kesihatan tahap seriusSemua orang harus mengelakkan aktiviti luar sama sekali

SEMAKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) TERKINI DI TELEFON BIMBIT GUNA APLIKASI MYIPU

Selain membuat semakan menerusi laman web, rakyat Malaysia juga boleh mengetahui bacaan IPU secara live di seluruh Malaysia menggunakan aplikasi MyIPU di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi percuma ini diperkenalkan oleh Kementerian Alam sekitar dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)

APLIKASI RASMI MyIPU
install myipu telefon
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi MyIPU di telefon bimbit dari Google Play Store dan Apple App Store:-
Google Play Store Android Apple App Store iOS
PANDUAN SEMAKAN IPU MELALUI APLIKASI MYIPU
Berikut dikongsikan panduan menggunakan aplikasi MyIPU :-
Nombor 1Setelah berjaya install aplikasi MyIPU, buka aplikasi tersebut dan pilih lokasi (station) yang diingini. Pengguna boleh mengetahui maklumat IPU terkini yang akan dikemaskini setiap jam. Terdapat juga graf yang menunjukkan pola perubahan IPU dalam tempoh 24 jam
 myipu batu pahat mysumber
Nombor 2Selain itu pengguna juga boleh memilih lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut bacaan IPU lokasi tersebut 
myipu pilih lokasi lain mysumber
TIPS SEMASA JEREBU
Di antara perkara-perkara yang digalakkan sepanjang tempoh musim jerebu adalah seperti berikut :-
Nombor 1Elakkan diri dari berada di luar sebaik mungkin
Nombor 2Sentiasa basuh dengan air di bahagian muka dan badan yang terdedah kepada jerebu
Nombor 3Minum bilangan air yang banyak
Nombor 4Sentiasa peka dengan maklumat terkini berkaitan jerebu menerusi media massa serta ikut nasihat yang diberikan pihak berkuasa
Nombor 5Bagi mereka yang memandu, kereta yang dilengkapi penghawa dingin dikehendaki berada dalam mod kitaran dalaman dan semua tingkap perlu ditutup
Nombor 6Topeng muka (pernafasan N95) mesti dipakai bagi mereka yang melakukan aktiviti di luar lebih-lebih lagi golongan berisiko tinggi
Nombor 7Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik mestilah segera ke klinik jika keadaan menjadi teruk
Nombor 8Perokok dinasihatkan agar tidak merokok
PANDUAN MEMILIH TOPENG MUKA YANG BETUL SEMASA JEREBU
Berikut adalah panduan yang betul bagi memilih jenis topeng muka yang sesuai untuk dipakai semasa jerebu :-
Nombor 1Jenis topeng muka penutup mulut dan hidung jenis surgical seperti gambar di bawah adalah tidak sesuai. Walaupun ia sering digunakan oleh orang ramai tetapi sebenarnya tidak sesuai untuk melindungi diri dari pencemaran udara dengan berkesan. Hal ini kerana ia tidak menutupi sepenuhnya di bahagian tepi menyebabkan sedikit partikel halus jerebu boleh memasukinya melalui ruang kecil yang terbuka di bahagian kiri dan kanan topeng.
Penutup Mulut Surgical
Nombor 2Topeng muka yang sesuai untuk keadaan jerebu yang sebenar adalah jenis topeng pernafasan N95 seperti berikut. Topeng ini akan menutupi sepenuhnya kerana ia melekap pada muka setelah tali disahut dengan betul pada telinga. Tambahan pula, ia berkebolehan menapis habuk atau debu sehalus 0.3 mikrometer untuk perlindungan hidung dan mulut pemakai.
Penutup Mulut Respirator N95
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!