Islam merupakan agama yang indah dan menyeluruh. Umat Islam telah diberi petunjuk dan bimbingan menerusi al-Quran dan hadis yang merangkumi setiap aspek dalam kehidupan. Bimbingan yang betul amat penting supaya umat Islam menurut perintah Allah berdasarkan landasan syariah yang ditetapkan. Antara contoh bimbingan yang disediakan buat umat Islam adalah cara untuk bersuci daripada hadas
Menurut istilah syarak, hadas besar bererti sesuatu yang maknawi (kotoran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar), yang berada pada seluruh badan seseorang, yang menyebabkannya tidak dapat mendirikan solat (fardu atau sunat) dan amal ibadat yang seumpamanya, selama tidak diberi kelonggaran oleh syarak. Selama mana seseorang itu tidak mengalami atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan hadas-hadas besar, maka selama itu badannya suci dari hadas besar
Umum mengetahui bahawa untuk keluar atau bersuci daripada hadas besar, seseorang itu diwajbkan untuk melakukan mandi wajib dengan sempurna. Selepas itu barulah dia boleh mengerjakan ibadah yang fardhu atau sunat dan bebas untuk menunaikan perkara yang diharamkan semasa berhadas besar. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja dan dilakukan sebelum melakukan solat
Ringkasnya, mandi wajib ataupun mandi junub (juga dikenali sebagai mandi hadas besar) adalah perbuatan membasahi seluruh anggota badan yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar menggunakan air mutlak. Cara mandi wajib atau junub yang sah perlu dipelajari agar mandian berniat mandi wajib dapat dilakukan dengan sempurna dan ibadah dapat diterima oleh Allah SWT
Senarai Sub-Topik
Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah (Lelaki Dan Perempuan)
Berikut dikongsikan panduan Cara Mandi Junub Atau Wajib yang sah serta betul buat rujukan semua
SYARAT-SYARAT DIWAJIBKAN UNTUK MANDI WAJIB | |||
MAKLUMAT PENTING MANDI WAJIB | |||
Rukun Mandi Wajib
1. Niat Mandi Wajib |
Rumi: Nawaitu raf ‘al hadasil akbari lillahi ta’ala |
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala |
2. Meratakan Air Ke Seluruh Anggota Badan |
Cara atau kaedah mandi adalah seluruh anggota badan hendaklah dibasuh secara menyeluruh termasuklah bahagian-bahagian tersebut: |
Perkara Wajib dan Sunat Dalam Mandi Wajib
Perkara Wajib |
Perkara Sunat |
Langkah-langkah Mandi Wajib (Cara Rasulullah SAW)
Mandi Wajib Cara Rasulullah SAW |
VIDEO NIAT DAN CARA MANDI YANG RINGKAS
VIDEO TATACARA MANDI WAJIB SUNNAH
Soalan Lazim Berkaitan Mandi Wajib
Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan berkaitan cara mandi wajib:
- Soalan: Adakah sah mandi wajib dalam keadaan telanjang?
Jawapan: Hukum mandi telanjang adalah makruh. Maka sah mandi dalam keadaan tanpa seurat benang namun hendaklah tidak di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain - Soalan: Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?
Jawapan: Mandi wajib sewaktu ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat hendaklah dibalut terlebih dahulu anggota tersebut supaya tidak terkena air. Sewaktu mandi wajib, ratakan air ke seluruh badan kecucali bahagian berbalut (tidak boleh kena air). Selesai mandi wajib hendaklah bertayamum bagi menyempurnakan mandi wajib tersebut - Soalan: Apakah hukum mandi wajib selepas subuh ketika bulan puasa?
Jawapan: Sah puasa dan tidak batal puasa kerana dalam keadaan junub mahupun mandi wajib selepas subuh. Berdasarkan hadith daripada Saidatina Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. — Hadis Muttafaqun ‘alaih - Soalan: Adakah sah mandi wajib sekiranya mewarnakan rambut?
Jawapan: Sekiranya bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut sama seperti inai iaitu boleh ditembusi air dan nipis maka sah mandi wajib. Sekiranya tidak, boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan atau dilunturkan sehingga hilang zat yang menghalan air sampai, lalu dilaksanakan semula mandi wajib - Soalan: Apakah perlu berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib?
Jawapan: Mengambil wuduk semasa mandi wajib adalah sunat. Jika tersentuh kemaluan semasa mandi wajib, wuduk terbatal tetapi mandi tersebut adalah sah - Soalan: Perlukah mandi wajib jika bermimpi tetapi tidak keluar air mani?
Jawapan: Bagi seseorang yang bermimpi melakukan perbuatan seperti berjima’ dan seumpamanya, namun tidak keluar air mani maka dia tidak perlu untuk mandi wajib - Soalan: Perlukah mandi wajib jika bermimpi tetapi tidak keluar air mani?
Jawapan: Bagi seseorang yang bermimpi melakukan perbuatan seperti berjima’ dan seumpamanya, namun tidak keluar air mani maka dia tidak perlu untuk mandi wajib
Jenis-Jenis Mandi Sunat
Dalam Islam, terdapat beberapa keadaan yang umat Islam disunatkan untuk melakukan mandi sunat, antaranya seperti berikut:
- Mandi Sunat untuk pergi Solat Jumaat
- Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha
- Mandi selepas berbekam
- Mandi selepas memandikan mayat
- Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila
- Mandi kerana hendak ber ihram
- Mandi kerana hendak wukuf di Arafah
- Mandi kerana hendak masuk Kota Madinah