Bonus duit raya 2017 kakitangan penjawat awam pesara dapat atau tidak

00:18 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 2 Jun 2017 jam 04:37 PM

Duit Raya Kerajaan Penjawat Awam pesara

Bermulanya Ramadhan dan dikuti dengan menjelangnya Aidilfitri, kakitangan atau penjawat awam mahupun pesara awam pastinya akan membayangkan berita baik dari kerajaan iaitu pemberian bonus saguhati atau “duit raya” sempena perayaan tersebut

Bagi penjawat awam, mereka bukannya mengamalkan sikap terlalu mengharapkan pemberian bonus tetapi dengan pemberian bonus daripada kerajaan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari-hari biasa

BONUS DUIT RAYA 2017 KAKITANGAN PENJAWAT DAN PESARA AWAM DAPAT ATAU TIDAK?

Dalam suasana ekonomi sekarang, warga kakitangan kerajaan perlu juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan kepada rakyat keseluruhannya dan negara
Seandainya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus (duit raya) Aidilfitri 2017, itu bukan bermakna kerajaan tidak prihatin soal kebajikan penjawat awam
Apa yang diperhatikan, sudah banyak kemudahan yang lebih besar nilainya daripada pemberian bonus diberi kepada penjawat awam
Antara sedar atau tidak, pelbagai bentuk kemudahan disediakan untuk penjawat awam baik pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun
Tidak keterlaluan rasanya mengatakan kerajaan Malaysia adalah antara yang paling prihatin di dunia terhadap penjawat awamnya kerana setiap tahun kerajaan memberikan bayaran bantuan khas terutamanya bersempena dengan perayaan untuk penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara kakitangan awam
Pada tahun lepas (2016), kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri
Bagaimana pula untuk tahun ini? dapat atau tidak? sebarang berita mengenai bonus duit raya atau bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara awam akan MYsumber kongsikan dalam ruangan ini berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai dan sahih sebagai makluman bersama

RUANGAN KEMASKINI BERITA BONUS DUIT RAYA AIDILFITRI PENJAWAT DAN PESARA AWAM 2017

Kakitangan atau penjawat awam mahupun pesara awam boleh mengikuti berita yang berkaitan berhubung dengan pemberian bonus saguhati / bantuan khas kewangan / duit raya sempena perayaan Aidilfitri tahun 2017 melalui ruangan kemaskini berikut

Ruangan Kemaskini Maklumat
23 Mei 2017Cuepacs Mohon Bonus Hari Raya Aidilfitri RM1,000
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berhasrat untuk membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangkan dengan memberikan bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 atau jumlah kadar yang lebih baik berbanding tahun lepas kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun 2017
2 Jun 2017Kerajaan Beri Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Dan Pesara Awam
Kerajaan mengumumkan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam serta RM250 bagi pesara awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini
Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 9 Jun 2017
Butang FacebookButang TwitterButang Google