Tarikh dan tempat tengok anak bulan Syawal Aidilfitri 2024

Berita

Berita

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadhan 1445 Hijrah.

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan, melalui radio dan televisyen

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Tarikh Dan Lokasi Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat bagi program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Syawal yang dijadualkan pada hari Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadhan 1445 Hijrah.

Senarai Lokasi Mencerap Anak Bulan Syawal

Berikut adalah senarai lokasi mengikut negeri di seluruh Malaysia:

1. Perlis

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

2. Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

3. Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

4. Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

5. Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

6. Selangor

  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

7. Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

8. Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

9. Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

10. Johor

  • Pontian Kecil

11. Pahang

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

12. Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

13. Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

14. Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

15. Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

16. Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan