Johor atau KL cuti esok 1.12.2021 jika juara Piala Malaysia 2021

Bola sepak

Bola sepak

Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan hari Rabu, 1 Disember 2021 akan dicadangkan sebagai cuti khas peristiwa di Negeri Johor Darul Takzim sekiranya mereka menjuarai Piala Malaysia 2021. Soal sama ada Kuala Lumpur mendapat cuti persitiwa jika menjuarai Piala Malaysia hanya akan ditentukan oleh wilayah berkenaan dalam masa terdekat

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 edisi ke-95 membabitkan Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) menentang KL City FC berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada jam 9:00 malam Selasa, 30 November 2021

Pengumuman cuti oleh Kerajaan Negeri Johor sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 adalah sebagai tanda menghargai sokongan padu rakyat negeri Johor kepada Skuad Harimau Selatan, sehingga membolehkan pasukan mereka mencipta kejayaan layak ke perlawanan akhir sekaligus mencipta satu lagi detik bersejarah dalam arena bola sepak

Johor Atau KL Cuti Esok 1 Disember 2021 Jika Menang Piala Malaysia

Kerajaan negeri akan memutuskan Rabu, 1 Disember 2021 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi membolehkan jabatan dan agensi kerajaan, semua sekolah serta penyokong di Negeri Johor melakukan perubahan jadual dan merancang semula urusan serta perjalanan dengan tersusun agar tidak terjejas dan berdepan masalah

Pengumuman cuti itu, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan. Bagaimanapun, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari cuti tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula belum lagi mengumumkan sebarang cuti untuk diberikan pada hari Rabu, 1 Disember 2021 di wilayah tersebut jika pasukan Harimau Selatan berjaya menjulang Piala Malaysia 2021

Persoalan utama sama ada negeri Johor atau Wilayah Persekutuan yang bercuti esok, nantikan kesudahan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 membabitkan skuad JDT menentang skuad KL City FC

Cuti Hari Kelepasan Am Sempena Piala Malaysia 2021 – Rasmi

Negeri Yang Bercuti Jumaat (3 Disember 2021)

  • Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Bola sepak

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan