Cara Mendaftar Perniagaan di SSM

Dikemaskini pada

cara daftar ssm

Dengan populasi negara yang semakin bertambah diikuti kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak hairanlah sekiranya setiap individu perlu memiliki sekurang-kurangnya satu pekerjaan untuk menanggung diri sendiri ataupun ahli keluarga. Selain bekerja makan gaji sama ada di sektor awam mahupun swasta, antara cara lain untuk menyara kehidupan dengan memperoleh rezeki yang halal di Malaysia adalah melalui bidang perniagaan

Definisi perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) boleh disebut sebagai suatu bentuk organisasi yang sah serta mendapat pengiktirafan untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya sekali. Majoriti perniagaan merupakan milik persendirian yang mana diasaskan untuk mencari keuntungan supaya dapat meningkatkan kekayaan si pemilik justeru mengembangkan perniagaan tersebut

Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan, pendaftaran perniagaan perlu dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM adalah sebuah badan berkanun yang diasas menerusi hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia. Buat yang berminat, boleh rujuk cara Mendaftar Perniagaan di SSM dikongsikan di bawah ini

SSM berperanan sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat serta pendaftaran perniagaan. Selain itu, SSM juga menjadi medium untuk membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Menerusi penguatkuasaan serta pemantauan yang komprehensif, SSM mengawal selia pematuhan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat dengan harapan agar sektor korporat dan perniagaan dapat berkembang secara positif demi negara

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT DI SSM MELALUI EZBIZ ONLINE

Bagi yang ingin memulakan perniagaan dan mendaftarkan syarikat di Malaysia, berikut MYsumber kongsikan panduan untuk mendaftarkan perniagaan di SSM. Panduan yang disediakan termasuk prosedur pendaftaran, syarat kelayakan, fi pendaftaran, panduan am dan lain-lain

SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Nombor 1 Pemilik hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap
Nombor 2 Pemilik perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
Nombor 3 Hanya pemilik/rakan kongsi yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan 
JENIS PERNIAGAAN
Perniagaan Milik TunggalPerniagaan Perkongsian
Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilikPerniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) hingga dua puluh (20) orang rakan kongsi 
PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Berikut dikongsikan prosedur untuk mendaftar perniagaan di SSM menggunakan EzBiz Online:
Nombor 1LAYARI LAMAN EZBIZ SSM UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN ONLINE

EzBiz Online

Semakan OnlinePendaftaran Perniagaan SSM Secara Online
Klik butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan
ezbiz ssm login
Jika sudah memiliki akaun, isikan Username dan Kata Laluan serta kod verifikasi. Klik butang Sign In
Nombor 2 Setelah melakukan pendaftaran secara online menerusi pautan di atas, buat pengesahan akaun di pejabat SSM berhampiran
Kad pengenalan perlu dibawa bersama
Pengguna akan dikehendaki untuk mengesahkan cap jari sebagai proses Pengaktifan ID (bagi tujuan keselamatan)
Pengesahan hanya perlu dilakukan sekali sahaja
Setelah proses pengesahan selesai dilakukan, barulah sistem EzBiz Online dapat digunakan untuk membuat pendaftaran serta pembaharuan perniagaan
Nombor 3 Klik My Business Services dan klik New Business di bawah seksyen New Business Registration. Isi dan lengkapkan Borang A/Form A (Registration of New Business) dengan maklumat-maklumat berikut:
Nama perniagaan (boleh didaftarkan dengan menggunakan nama sendiri atau nama Tred)
Nama SendiriNama Tred
Nama seperti yang tertera dalam kad pengenalan dan tiada kelulusan nama perniagaan yang perlu dimohon. Contoh: Afiq bin Mahat, Thevinthiran a/l Mariappan, Goh Chin SeongNama perniagaan yang dicadangkan serta perlu memperoleh kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dahulu. Contoh: Uniqlean, ABC Enterprise 
Tarikh mula perniagaan
Alamat utama perniagaan
Alamat cawangan perniagaan (sekiranya ada)
Jenis perniagaan yang akan dijalankan
Maklumat pemilik serta rakan kongsi
Salinan perjanjian perkongsian (sekiranya ada)
Contoh salinan Borang A:
borang a ssm
Nombor 4Setelah selesai melengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan, lakukan bayaran di bahagian Fees & Declaration (bayaran boleh dilakukan secara online atau di kaunter)
FI PENDAFTARAN
KategoriJumlah Fi/Bayaran
 Perniagaan pemilikan tunggal (memakai nama sendiri   berdasarkan kad pengenalan)
 RM 30.00
 Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian   menggunakan nama tred
 RM 60.00
 Pendaftaran cawangan
 RM 5.00 untuk setiap cawangan
 Mencetak maklumat perniagaan
 RM 10.60 termasuk GST
PANDUAN AM/PERINGATAN
Nombor 1 Perniagaan mestilah sudah berjalan dan berdaftar kurang dari 30 hari dari tarikh mula perniagaan
Nombor 2 Pendaftaran perniagaan yang baru boleh dilakukan bagi tempoh jangka masa setahun dan tidak lebih dari lima (5) tahun pada setiap pendaftaran
Nombor 3 Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah tidak melanggar undang-undang dan bersesuaian dengan ketenteraman awam, keselamatan persekutuan serta tidak bertentangan dengan prinsip moral
Nombor 4 Perakuan Pendaftaran Perniagaan dapat diterima dalam tempoh sejam (1) jam dari waktu pembayaran dilakukan
Nombor 5Individu yang menjalankan perniagaan tetapi tidak membuat pendaftaran perniagaan tersebut dianggap sebagai melakukan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sejumlah maksimum RM 50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali
Nombor 6Pemilik perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk memperoleh lesen, permit atau surat kebenaran yang sepatutnya bagi perniagaan yang dijalankan daripada pihak berkuasa berkaitan. Hal ini perlu dilakukan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM
InfoMaklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Cara Mendaftar Perniagaan di SSM ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi SSM seperti berikut: 
Telefon : +603 22994400
Emel : enquiry@ssm.com.my
Alamat : No 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur
Sila Klik LinkSoalan Lazim FAQ SSM
Sila Klik LinkLaman Web Rasmi SSM
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close