Cara Daftar Penjana Kerjaya MyFutureJobs Untuk Penganggur & Graduan

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, pasti ramai yang terkesan seperti kehilangan pekerjaan kerana ekonomi yang teruk serta perintah berkurung. Berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya penganggur dan graduan yang sedang mencari kerja, kerajaan Malaysia telah melancarkan MYFutureJobs iaitu sebuah portal bagi membantu pencari kerja serta menyediakan padanan pekerjaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan

Justeru itu, PERKESO menggesa semua rakyat Malaysia yang menganggur terutama sekali para graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet ataupun memerlukan bantuan, boleh terus hubungi pihak PERKESO seperti dinyatakan di bawah atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh Malaysia bagi mendapatkan bantuan Kaunselor Kerjaya PERKESO

Para majikan juga boleh mendapatkan bantuan seperti cara mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun hal mengenai pengambilan pekerja, mengajikan pencari kerja tempatan daripada Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO. Majikan juga boleh mendaftarkan profil di perjanakerjaya.perkeso.gov.my bermula 15 Jun sekiranya mempunyai kekosongan jawatan. Majikan yang mengambil pekerja menerusi program ini mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO bagi caruman wajib

Program Insentif Pengambilan Pekerja Penjana Kerjaya Perkeso

Bagi rakyat Malaysia yang sedang menganggur serta yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan, PERKESO menggesa anda mendaftar di Laman Web MYFutureJobs

Portal Rasmi MYFutureJobs

Nota: Pengguna yang melayari portal MYFutureJobs PERKESO dari telefon bimbit digalakkan  view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya pautan untuk mendaftar sebagai majikan dan pekerja tidak boleh diakses

Pendaftaran Penjana Kerjaya Di Portal MYFutureJobs

Bagi pengguna baru, ikuti langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Layari portal MYFutureJobs seperti pautan di atas
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Sila view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya butang tersebut tidak muncul)
  3. Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
  4. Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
  5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

Log Masuk ke Portal MYFutureJobs

Bagi pengguna yang telah mendaftar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal MYFutureJobs seperti pautan di atas
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

Daftar Majikan MYFutureJobs

Bagi pendaftaran majikan untuk mengiklankan jawatan kosong, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal MYFutureJobs seperti pautan di atas
  2. Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
  4. Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
  5. Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat

Kelebihan Program Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya

Dengan sasaran lebih 300 ribu pencari kerja, kerajaan telah memperuntukkan insentif berjumlah RM1.5 bilion bagi program ini. Insentif ini boleh dimohon oleh majikan yang berminat mulai 15 Jun 2020 melalui pautan di bawah:

Bermula 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang berjaya diambil bekerja di bawah program ini menerusi pautan di atas bagi mendapatkan kelulusan bayaran insentif menggajikan pencari kerja tempatan. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar ketika bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar. Ini adalah beserta dengan elaun mobiliti bagi pekerja yang layak, yang akan dibayar kepada pekerja menerusi majikan yang menggajikan mereka

Permohonan insentif bagi setiap pekerja yang berjaya diambil kerja hanya perlu dibuat sekali sahaja oleh majikan dan pembayaran insentif akan dibuat pada bulan berikutnya iaitu selama 6 bulan akan dibuat secara automatik

Bermula 1 Julai 2020 juga, sekiranya diperlukan, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di pautan di atas bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja yang mereka ambil menerusi program ini. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan bekerjasama dalam melaksanakan program latihan ini

Insentif akan diterima mulai 1 Julai 2020 sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi oleh majikan yang menggajikan pekerja yang diambil. Kerajaan telah menyediakan beberapa insentif bagi majikan yang menyertai Program PenjanaKerjaya ini dan insentif menggajikan pencari pekerja tersebut adalah seperti berikut:

Pakej Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya 

Perantis40 tahun dan ke bawah40 tahun dan ke atas / OKU
JumlahRM600 / bulan RM 800 / bulanRM1,000 / bulan
Tempoh Masa6 bulan6 bulan6 bulan

Elaun latihan berjumlah RM4,000 seorang bagi pekerja di bawah insentif pengambilan pekerja ini adalah termasuk bagi bukan pencarum PERKESO

Bantuan Pergerakan bagi pekerja juga disediakan secara one-off iaitu sehingga RM600 bagi semenanjung dan RM1,000 bagi Sabah dan Sarawak

Berikut adalah infografik bagaimana proses Program Insentif Pengambilan Pekerja akan berlaku atau berjalan

Bantuan Kerajaan

*Maklumat lain sedang dikemaskini dari semasa ke semasa. Semoga langkah ini dapat jana semula ekonomi-ekonomi negara yang terganggu sebelum ini dan bermanfaat untuk pencari-pencari kerja dan pengambilan pekerja-pekerja oleh syarikat dan organisasi perusahaan

Maklumat Lanjut 

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang soalan, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi PERKESO di talian seperti berikut:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan